Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
Parti Sarawak Bersatu (PSB) menggesa Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen agar tidak bersikap terlalu kritikal terhadap “katak politik”.
Dalam menyuarakan gesaan itu, Presiden PSB Wong Soon Koh membangkitkan bapa kepada Chong yang juga pernah menukar parti politik pada masa lalu.
Wong berkata dia ingin memberi “peringatan mesra” yang bapa Chong, iaitu Chong Siew Chang meninggalkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk mewujudkan DAP Sarawak pada 1978.
“Kami ingin secara mesra mengingatkan Chieng Jen agar tidak terlalu meletakkan dirinya atau DAP di kedudukan tinggi dengan menolak ‘katak’ dan mengaggap dia mempunyai moral yang tinggi, atau bersikap menghukum terhadap sesiapa yang menukar parti politik.
“Pada masa sama, kami juga tidak menafikan ada beberapa contoh yang boleh memburukan imej semua yang berbuat demikian. Mengapa Chieng Jen begitu bersungguh untuk menyamakan setiap pemimpin atau ahli politik?
“Mungkin dia juga perlu mengkritik bapanya sendiri yang lompat daripada SUPP, sebuah parti Sarawak, untuk menyertai DAP iaitu parti dari semenanjung dan dituduh SUPP melakukan sabotaj terhadap ketua menteri ketika itu, Allahyarham Rahman Yakub,” kata Wong dalam kenyataan.
Wong berkata dia tidak mahu “membuka luka lama” dan menghormati Siew Chang kerana meninggalkan SUPP kerana prinsip.
“Ia memang soal prinsip dan PSB turut berpegang kepada perjuangan sama dengan senior Chong, menerusi platform politik berbeza tanpa berkompromi dengan prinsip kami,” katanya lagi.
Terdahulu, Chieng Jen ketika mengulas berkenaan kemungkinan kerjasama dengan PSB, membayangkan DAP Sarawak tidak akan bekerjasama dengan “katak politik”.
Terdapat dua penyandang kerusi DUN daripada PSB yang sebelum ini keluar daripada PH, iaitu See Chee How (Batu Lintang) dan Baru Bian (Ba’kelalan).
“Bagi DAP, di kawasan kami, ada seorang ‘katak’ yang merupakan penyandang dan kami bertegas yang dia tidak patut dicalonkan semula. Inilah cara kami berpegang kepada prinsip dan keputusan parti,” katanya.
PSB adalah parti serpihan SUPP yang ditubuhkan pada 2014. Parti itu memiliki enam Adun sebelum DUN Sarawak dibubarkan pada 3 November lalu.
Parti itu dijangka mencalonkan ramai ahli politik veteran dalam PRN yang akan dilaksanakan Disember ini.
Kata Wong, Chieng Jen patut menghargai Baru dan See yang berpegang dengan prinsip yang sama seperti bapanya berkaitan hak orang Sarawak, dan membayangkan mereka meninggalkan PKR untuk membebaskan diri daripada kawalan bekas ketua mereka di Kuala Lumpur.
Katanya lagi, Baru, See dan pemimpin serta penyokong mereka di peringkat akar umbi telah menyertai PSB untuk menggantikan gabungan parti pemerintah, GPS bagi memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk penduduk Sarawak menerusi parti tempatan.
“Inilah prinsip yang kami pegang sehingga kini,” katanya lagi. Mk
Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
Baca Artikel Menarik :
- Najib sindir Mahathir isu tanah Langkawi
- Zuraida kunci mulut mengenai Parti Bangsa Malaysia
- Warga asing dari pekerja jadi tauke padi, beras
- Sah, Tauke Jambu kahwin lain
- Mengapa Zeti, Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi dalam kes SRC?
- Anwar berang dengan rakan sekutu, “jangan angkuh beri pandangan”
- Setahun di balik tirai besi, lelaki sebak disambut rakan saat bebas
- Lebih mudah duduk di blok kerajaan – ADUN Bemban
- Diintai 4 lelaki, bukti Maya Karin masih laku
- Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang
- Biawak ‘tunjuk’ mayat wanita
Layari Laman Facebook MYKMU
Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh
You must be logged in to post a comment.