Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

KOTAK Android (Android box) adalah alat atau peranti untuk membolehkan televisyen mendapat siaran-siaran dari seluruh dunia.

Ia juga membolehkan televisyen menyiarkan perkhidmatan siaran strim lain yang biasanya hanya boleh diakses melalui komputer, telefon dan peranti pintar serta aplikasi.

Terdapat dua bentuk siaran yang akan diperoleh melalui penggunaan peranti tersebut iaitu siaran berbayar dan siaran percuma.

Namun, perlu diketahui bahawa penggunaan Android box untuk mengakses siaran berbayar dan hak cipta lain dengan cara yang salah adalah diharamkan kerana mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.

Itu penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dalam menjawab kepada persoalan salah seorang individu mengenai “Apa hukum beli android box? Contoh, kita boleh tengok siaran Astro tapi tak bayar pada Astro.”

Jelas PMWP, ia berikutan pengguna peranti berkenaan mendapat akses kepada siaran berbayar tanpa melanggannya yang akan menyebabkan kerugian kepada syarikat penyiaran.

Walaupun pada asalnya pembelian kotak Android itu adalah harus, namun sekiranya pembelian itu untuk tujuan mendapat akses siaran berbayar dengan cara salah maka ia adalah haram.

“Justeru, permasalahan ini adalah sama mengambil hak orang lain dengan cara yang batil dan menzalimi syarikat penyiaran serta pihak-pihak berkaitan dengannya. Perbuatan ini juga telah dilarang oleh Allah SWT.

“Adapun bagi perbuatan membeli dengan tujuan untuk menonton siaran percuma atau fungsi-fungsi lain yang tidak melibatkan hak pihak lain dan mencerobohi hak-hak mereka, maka pembelian atau penggunaannya adalah diharuskan syarak sekiranyya menepati syarat dan rukun jual beli,” ujarnya dalam muat naik di portal mufti WP.

Justeru kenyataan itu menyebut, tidak timbul sebarang isu syariah bagi kategori siaran percuma kerana ia boleh digunakan oleh semua orang.

Namun begitu, timbul isu syariah bagi kategori siaran berbayar yang sepatutnya pengguna bayar terlebih dahulu untuk mendapat akses siaran tersebut. SInarP

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker