Arab Saudi larang bergambar di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Kerajaan Arab Saudi kini secara rasminya melarang pengunjung untuk merakam swafoto, gambar dan video di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah, lapor portal Kompas.com semalam.
Menurut laporan rasmi kerajaan Arab Saudi, merakam gambar di dalam Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah atau di sekitar tempat suci ini akan dianggap sebagai satu kesalahan.
Menurut rancangan itu, larangan dilaksanakan adalah untuk memberikan mesej kepada semua orang bahawa tempat suci di seluruh negara itu perlu dijaga kehormatan dan maruahnya sesuai dengan tujuannya.
Turut dinyatakan kini orang ramai kelihatan lebih asyik melakukan perkara sedemikian sehingga menjadikan ibadah di tempat suci hilang intipatinya.
Selain merugikan diri sendiri, melakukan perkara tersebut boleh mengganggu ketenteraman pengunjung lain untuk beribadah.
‘’Langkah ini diambil untuk menjamin kehormatan dan maruah tempat suci ini.
‘’Kebanyakan jemaah haji membuang masa mereka dengan mengambil gambar dan video, baru kemudiannya berdoa. Ini bukan sahaja tidak menghormati tempat suci, tetapi juga mengganggu orang lain yang solat,’’ kata kerajaan Saudi. – Agensi
Arab Saudi larang bergambar di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Baca Artikel Menarik:
- Roti Gardenia naik 10 hingga 45 sen
- 5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji
- Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’
- Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
- Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
- DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?
- Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur
- Pemain JDT dilatih bersikap sombong – Sanusi
- Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
- Gadis cantik penjual kambing bergelar pelajar universiti
- Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf
Layari Laman Facebook MYKMU.NET