Rakyat masih susah, sekarang bukan masa sesuai untuk PRU15
KUALA LUMPUR- Belum masanya untuk Parlimen dibubarkan dan diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana ketika ini, rakyat masih berada dalam kesusahan, tegas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, tumpuan, sebaliknya, harus diberikan untuk memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat Covid-19.
Hujah beliau, perbelanjaan untuk menguruskan PRU15 sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang baru mahu memulakan hidup.
“Saya bersetuju kalau nak buat apa-apa untuk kepentingan rakyat bukan parti, tetapi kena ingat buat masa ini kalau kita sebut kepentingan rakyat, maka bukan bubar Parlimen dan adakan pilihan raya.
“Kalau betul nak jaga kepentingan rakyat, kena tengok sekarang rakyat tengah susah sebab Covid-19 masih belum reda dan pemulihan ekonomi masih berjalan.
“Belanja untuk lakukan PRU15 tentulah besar. Kalau PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka pun perbelanjaannya cecah RM45 juta, bayangkan kalau PRU15?
“Buat masa ini lebih baik perbelanjaan sebesar itu digunakan untuk membantu rakyat dengan memulihkan ekonomi mereka, barulah rakyat lihat kita jaga kepentingan mereka,” katanya kepada Astro AWANI.
Nazri juga menjelaskan, sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan dilihat sebagai mengkhianati anak muda kerana mereka yang berumur 18 tahun tidak sempat mengundi.
Jelas beliau, seeloknya PRU15 diadakan pada 2023 setelah segala proses bagi membolehkan mereka yang berumur 18 tahun diselesaikan.
Rakyat masih susah, sekarang bukan masa sesuai untuk PRU15
Baca Artikel Menarik:
- Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 2 mulai Khamis ini – Ismail
- Guru diasingkan di setor tukang cuci (video)
- Duit GKP 4.0 Fasa 2 masuk, peniaga bersyukur
- Influencer dibunuh peminat nombor satunya
- Banyak alasan di Melaka, PN dan PH sila buktikan di PRN Sarawak
- KWSP i-sayang: Pindah ke akaun isteri
- PRN Sarawak: PKR semakin goyah
- Tok Mat maklumkan lantik wakil Bersatu sebagai EXCO tiada keperluan
- Polis hanya tahu dana 1MDB dipegang suami Zeti pada 2019
- Pemandu mabuk ajak polis bergaduh undang padah
- Isteri curang, pilih Bangla(Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.