Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan dakwa selesa bersama MN
SEREMBAN – Pas tidak boleh menjadikan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai ukuran muktamad dalam menentukan hala tuju parti itu sama ada terus bersama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN).
Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha berkata, jika faktor itu yang dijadikan ukuran semata-mata, ia tidak memberi situasi selamat buat parti yang menentang Pakatan Harapan(PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15.
“Keadaan di Melaka itu sememangnya boleh beri petunjuk kepada Pas. Tapi ia tak boleh dijadikan satu ukuran muktamad.
“Bagi saya, kita (Pas) tidaklah rasa kesal sangat dengan kekalahan di Melaka kerana yang penting PH tidak lagi memerintah. Lagipun kita dapati secara keseluruhan penyokong Pas bertambah,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurut beliau, apa yang difahami, parti itu masih mahu memperteguhkan MN dan mempertahankan PN.
Beliau bagaimana pun berkata, sehingga kini masih belum ada perbincangan untuk memutuskan perkara itu.
“Walaupun kita bertembung di PRN Melaka, tapi dari segi dasarnya masih komited memperteguhkan MN dan mempertahankan PN demi penyatuan ummah.
“Matlamat kita jauh, bukannya hanya bercakap soal menang pada waktu sekarang saja. Apa-apa pun saya percaya kepimpinan parti akan buat keputusan terbaik,” katanya.
Sementara itu ditanya soal hubungan Pas Negeri Sembilan dengan UMNO negeri itu, Rafiei berkata, hubungan baik antara kedua-dua parti masih berterusan dan sudah dianggap sebagai satu keluarga.
Ujarnya, tidak timbul sedikit pun erti permusuhan meskipun ketika PRN Melaka pertembungan antara Pas dan UMNO.
“Kita sudah selesa bersama. Saya pun berkesempatan berjumpa dengan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berkempen di Melaka dan sepanjang berkempen pun kita tidak serang antara satu sama lain,” katanya.
Media melaporkan, Pas dijangka menentukan hala tuju parti itu sama ada terus bersama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN) dalam tempoh terdekat. Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, perkara itu akan diumumkan oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan dakwa selesa bersama MN
Baca Artikel Menarik:
- Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 2 mulai Khamis ini – Ismail
- Guru diasingkan di setor tukang cuci (video)
- Duit GKP 4.0 Fasa 2 masuk, peniaga bersyukur
- Influencer dibunuh peminat nombor satunya
- Banyak alasan di Melaka, PN dan PH sila buktikan di PRN Sarawak
- KWSP i-sayang: Pindah ke akaun isteri
- PRN Sarawak: PKR semakin goyah
- Tok Mat maklumkan lantik wakil Bersatu sebagai EXCO tiada keperluan
- Polis hanya tahu dana 1MDB dipegang suami Zeti pada 2019
- Pemandu mabuk ajak polis bergaduh undang padah
- Isteri curang, pilih Bangla(Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET