Kucing berusia 26 tahun dipercayai kucing tertua di dunia

TURNER, OREGON – Seekor kucing di Oregon, Amerika Syarikat mungkin menerima gelaran kucing paling tua di dunia oleh Guinness World Records selepas pemiliknya mendapati ia sebenarnya berusia dua tahun lebih tua berbanding kucing yang memegang gelaran itu ketika ini, lapor agensi United Press International semalam.
Charly Briggs berkata, rakan-rakannya mencadangkan supaya dia menghubungi Guinness World Records selepas mendapati kucingnya, Samm yang berusia 26 tahun itu mungkin merupakan kucing paling tua di dunia.
“Saya bertanya kepada Guinness dan mereka memaklumkan bahawa kucing paling tua di dunia ketika ini berusia 24 tahun.
“Saya kemudian memberitahu rakan-rakan-rakan di media sosial bahawa Samm boleh memenangi gelaran kucing tertua di dunia kerana ia berusia 26 tahun,” katanya.
Menurut Briggs, Samm merupakan kucing jalanan yang ditemui di Memphis pada 2002 dan dibelanya.
Pegawai veterinar telah mengesahkan kucing itu berusia 26 tahun dan memiliki kesihatan yang baik.
Guinness menyenaraikan seekor kucing dari Texas, Creme Puff sebagai kucing paling tua dalam sejarah kerana hidup selama 38 tahun dan 3 hari. – AGENSI
Kucing berusia 26 tahun dipercayai kucing tertua di dunia
Baca Artikel Menarik:
- Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 2 mulai Khamis ini – Ismail
- Guru diasingkan di setor tukang cuci (video)
- Duit GKP 4.0 Fasa 2 masuk, peniaga bersyukur
- Influencer dibunuh peminat nombor satunya
- Banyak alasan di Melaka, PN dan PH sila buktikan di PRN Sarawak
- KWSP i-sayang: Pindah ke akaun isteri
- PRN Sarawak: PKR semakin goyah
- Tok Mat maklumkan lantik wakil Bersatu sebagai EXCO tiada keperluan
- Polis hanya tahu dana 1MDB dipegang suami Zeti pada 2019
- Pemandu mabuk ajak polis bergaduh undang padah
- Isteri curang, pilih Bangla(Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET