PRN Melaka: Keluar mengundi rendah, Anwar mengaku bimbang PH kecundang

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengaku bimbang dengan peratusan kadar keluar mengundi yang rendah pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang sedang berlangsung hari ini.

Katanya, menilai pada kadar turun mengundi lalu, sepatutnya peratusannya sudah melebihi separuh menjelang tengah hari.

“Selalunya setakat jam 1 (pm), sudah lebih 50 atau 60 peratus. Ia sangat rendah. Itu sudah tentunya membimbangkan kami.

“Sukar untuk nilai, kerana bila kamu pergi (ke Melaka), orangnya santun-santun, tetapi kamu tak boleh berkempen, tak boleh berkumpul ramai-ramai, ia menyalahi SOP,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Jentera Pilihan Raya PKR di Hotel Imperial di Kuching, hari ini.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kadar turun mengundi adalah seramai 57 peratus setakat jam 3 petang tadi, manakala peratusan untuk jam 1 petang hanya pada 43 peratus.

Ditanya tentang peluang PH setakat ini, Anwar menyifatkannya sebagai “baik” menilaikan sambutan yang diterima daripada penduduk Melaka ketika dia turun ke negeri itu, namun pada masa sama, menegaskan keputusan sukar untuk diramalkan.

“Baik, tetapi saya tidak tahu, ia sangat sukar bagi kami untuk menilainya. Apa yang saya yakin, orangnya (Melaka) baik-baik, peramah. Tak ada perbalahan kesat.

“Yang lebih kesat (berbalas kenyataan) adalah antara Umno dan Bersatu. Kami bersih,” katanya lagi.

PRN Melaka kali ini menyaksikan tiga gabungan utama bertarung di Melaka – BN, PN dan PH.

Pengundian akan ditutup pada jam 5 petang.

RRN Melaka: Keluar mengundi rendah, Anwar mengaku bimbang PH kecundang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker