Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera ditubuh setiap kementerian, agensi – PM

Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera ditubuh setiap kementerian, agensi – PM

KERAJAAN akan menubuhkan Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera (UPAB) di setiap kementerian dan agensi kerajaan bagi menyelaras semua inisiatif, dasar dan agenda bumiputera.

Ia seperti yang telah diputuskan di peringkat Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) dalam mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.



Menurut Perdana Menteri, penubuhan Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera itu bagi menambahbaik tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan mandat dan fungsi berkaitan bumiputera.

Ismail Sabri berkata, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) selaku sekretariat MKB turut membentangkan persiapan pelancaran Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) yang dijadualkan berlangsung pada 6 Disember depan.

“Berdasarkan prinsip kesaksamaan peluang dan kesaksamaan keberhasilan TPB2030 dibangunkan Teraju ini berlandaskan intipati daripada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, didukung oleh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang terangkum dalam konteks Keluarga Malaysia.

“Mesyuarat turut bersetuju supaya fungsi dan peranan Teraju diperkasa dalam memastikan agenda bumiputera akan terus relevan dan kompetitif dengan perkembangan ekonomi semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat MKB menerusi sidang video semalam bagi membincangkan usaha memperkasa dan memperkukuh pembangunan ekonomi serta sosioekonomi bumiputera.

Baca artikel berkaitan: Malaysia komited lindungi semua kanak-kanak – PM

Mesyuarat turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dan disertai menteri-menteri Kabinet serta tokoh-tokoh perniagaan bumiputera.

Agenda mesyuarat berkenaan adalah untuk memuktamadkan TPB2030 yang merupakan hala tuju baharu ekonomi dan sosioekonomi bumiputera bagi tempoh sedekad akan datang.



Turut dibincangkan ialah isu-isu berkenaan penglibatan bumiputera dalam projek nasional berskala besar seperti 5G, Bank Digital, polisi perolehan oleh syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta isu-isu berkaitan ekuiti bumiputera yang masih rendah.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan kadar peratusan pemilikan aset oleh bumiputera khususnya dalam pemilikan perumahan dan premis komersial. Utv

Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera ditubuh setiap kementerian, agensi – PM


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker