Tinggal anak dalam kereta boleh dipenjara

Tinggal anak dalam kereta boleh dipenjara

Orang ramai khususnya ibu bapa yang sering meninggalkan anak-anak sendirian di dalam kereta tanpa pengawasan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), kecuaian invidivu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika disabitkan kesalahan, akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” tulisnya menerusi hantaran Facebook sebentar tadi.

Menerusi hantaran MKN itu, rata-rata pengguna media sosial turut berkongsi pelbagai kisah dan pengalaman mereka apabila bertindak meninggalkan anak-anak di dalam kereta.

“Saya pernah tinggal anak dalam kereta sebab nak beli lauk, macam mana nak ceduk lauk dan dukung anak? Ambil satu dua lauk sepantas kilat, kereta saya kunci, buka tingkap sikit, kereta parkir betul-betul depan kedai, mata sentiasa perhati, itu pun sudah ada orang tegur tinggal anak,” kongsi Hanz Iman.

“Bukan sahaja dalam kereta, dalam rumah pun sama, saya tinggal di flat, masalah selalu timbul apabila suami kerja, hanya tinggal saya dan anak-anak kecil, jadi bila ada Foodanda datang, terpaksa tinggalkan mereka untuk turun,” jelas @Ayishah Ayub.

“War-warkan dengan lebih meluas, masukkan sekali dengan akta-akta kesalahan lain,” jelas Anun Sue. K Online

Tinggal anak dalam kereta boleh dipenjara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker