RM20.5 bilion aset dana 1MDB telah dipulangkan

PUTRAJAYA – Sebanyak RM20,530,433,626.97 aset dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari dalam dan luar negara telah berjaya dipulangkan kepada kerajaan Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, ia berjaya dilakukan dengan kerjasama dan bantuan agensi-agensi penguat kuasa antarabangsa.

“Pada ketika ini juga, SPRM sedang dalam usaha untuk pemulihan aset bagi negara-negara seperti Switzerland, Kuwait, Mauritius, Cyprus, Hong Kong yang melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan kes 1MDB,” katanya hari ini.

SPRM menegaskan, pihaknya terus giat melakukan pemulihan aset dana 1MDB di dalam dan luar negara seperti Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan serta Singapura.

Pada 12 November lalu, katanya, Commercial Affairs Department (CAD) Singapura telah membuat pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff Kamil kepada kerajaan Malaysia.

Menurutnya, ia buat menerusi Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset milik Kementerian Kewangan (MOF) berjumlah AS$864,813.27 (RM3.6 juta).

“Sebelum ini, kerajaan Singapura juga telah membantu dalam pemulangan aset sebanyak AS$15.4 juta (RM64 juta) kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd. milik Datuk Tawfiq Ayman dan Samuel Goh,” katanya. – K! ONLINE

RM20.5 bilion aset dana 1MDB telah dipulangkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker