#PRNMelaka : 80% Penduduk Kuala Linggi telah dikunjungi Cikgu Rosli

Oleh Wahida

Memperkenalkan calon baru BN Dun Kuala Linggi untuk PRN Melaka 2021 jelas tidak sukar. Kelihatan ramai yang hadir di dalam satu program santai bersama DS Najib petang semalam, Cikgu Rosli nampaknya sangat serasi dengan penduduk tempatan.

Sebelum kemunculan DS Najib, Cikgu Rosli selesa berbual dengan pelbagai lapisan masyarakat terutamanya di kalangan kaum ibu dan warga emas di sana. Kehadiran beberapa anak muda yang bergurau-senda menyerlahkan lagi betapa Cikgu Roslee senang didekati.

Cikgu Rosli berkongsi perjalanan seharinya di hari-hari terakhir berkempen yang bermula sejak awal pagi bersarapan bersama pengundi di Kpg Teluk Gong, kemudian menemui masyarakat Cina di Paya Mengkuang dan terus ke Teluk Gong, Kg Sungai Tuan, Kpg Man Lok dan sempat menziarah keluarga yang dikenalinya sejak kecil, keluarga arwah Shahril Idris.

Selama hampir dua minggu berkempen, Cikgu Rosli telah melawat hampir 80% penduduk Kuala Lumpur dan merasa yakin mereka akan kekal memberi sokongan yang berakhir dengan kemenangan pada 20 November nanti.

Kehadiran DS Najib untuk minum kopi bersama-sama masyarakat Kuala Linggi telah menyuntik satu keyakinan semangat agar perjuangannya membela masa depan penduduk Kuala Linggi berterusan. Turut hadir juga adalah mantan ADUN Kuala Linggi Datuk Ismail Osman yang sama-sama berkempen bagi memastikan Cikgu Roslee adalah pilihan terbaik di antara calon-calon yang bertanding.

Jika dilihat dari sokongan masyarat setempat dan apabila dinilai dari 1 hingga 10, boleh dikatakan peluang untuk Cikgu Rosli di tahap 8. Berkemungkinan besar, Cikgu Rosli akan menghadiahkan kemenangan pertama kepada Barisan Nasional setelah pengumuman keputusan PRN Melaka nanti.

Pengundi Kuala Linggi bukan saja akan memilih seorang wakil untuk tempoh 5 tahun, pada masa sama mereka juga akan membuat pilihan tepat sebuah kerajaan mentadbir negeri untuk tempoh yang sama. Pilihan yang tepat pasti membawa berkat, maka Barisan Nasional adalah jawapannya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker