#TINJAUAN PRN MELAKA : SAYA AKAN UNDI RAUF – CIKGU DOLAH

Sebaran :

Oleh BamJekk

‘Sudah tentu anak murid saya…. dan dia sudah berjasa kepada saya tetapi bukan itu yang saya pandang… tapi jasa mu dikenang…’

‘dia senang didekati, pada tiada tak sombong… dia datang menyerahkan diri.. Rauf datang menyerahkan diri… datang kat chalet saya menawarkan bantuan kepada saya ketika itu..’ katanya dalam temubual khas bersama mykmu.net.

Katanya lagi, Rauf mempunyai bakat sebagai pemimpin sejak bangku sekolah lagi dan ketika itu dia berada di tingkatan 1 dan saya mengajar tingkatan 6 ketika itu tetapi bakatnya saya dapat lihat sejak kali pertama saya bertemu dia.



Dalam pada itu projek tambakkan laut yang diusahakan oleh Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di sekitar pantai Pengkalan Balak 3 tahun lalu ini dapat menyelesaikan masalah pengusaha-pengusaha chalet sekitar kawasan ini, katanya.

‘saya tidak kenal dia, tetapi jiwa masyarakat dia… saya tekan kan jiwa masyarakat dia untuk membantu masyarakat… tapi saya tahu chalet cikgu Dolah ini ada cikgu dia…saya tidak kenal dia.. maklumlah murid beribu… dan dia datang semata-mata nak menolong.. itu lah jiwa Rauf yang sebenarnya…’ katanya lagi.

 


Sebaran :

Leave a Reply