Malaysia catat skor rendah bagi indeks rasuah sektor pertahanan

Kerajaan digesa membuat pendedahan penuh kepada orang ramai mengenai kelewatan penghantaran kapal ‘Littoral Combat Ship’ dan helikopter McDonnell MD503G. – Gambar fail

SHAH ALAM – Malaysia mencatat skor rendah iaitu 45 peratus bagi indeks antarabangsa berkaitan rasuah dalam sektor pertahanan negara.

Transparency International Malaysia (TI-M) dalam kenyataan berkata, skor tersebut turut dikategorikan sebagai penarafan D untuk Government Defence Integrity Index (GDI) bagi tahun lepas yang menunjukkan daya tahan institusi yang lemah terhadap rasuah.

Menurut kenyataan itu, GDI menilai institusi pertahanan negara serta sejauh mana kawalan dalam menguruskan risiko rasuah merentasi lima bidang risiko utama pertahanan termasuk penggubalan dasar dan hal ehwal politik, kewangan, pengurusan kakitangan, operasi ketenteraan dan perolehan.

“New Zealand menduduki tempat teratas di peringkat global dengan capaian skor 85 peratus dan negara yang lebih teruk ialah Sudan dengan skor lima peratus.



“Sektor pertahanan, khususnya, telah lama dianggap sebagai kawasan yang paling ‘legap’ dalam aktiviti kerajaan kerana sensitiviti dan kaitannya dengan kerajaan.

“Ketelusan belanjawan, misalnya, telah lama dihadkan. Belanjawan pertahanan yang diterbitkan hanya menyediakan satu angka umum dan bukannya pecahan secara menyeluruh perbelanjaan merentasi semua fungsi,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Dalam pada itu, Presiden TI-M, Dr Muhammad Mohan dalam kenyataan yang sama berkata, pemerhatian utama terhadap skor rendah negara adalah termasuk pengawasan undang-undang yang lemah terhadap belanjawan, bidaan berdaya saing rendah untuk perolehan, tiada ‘ombudsman’ bebas untuk menangani aduan serta kurang ketelusan data.

Rasuah: 439 individu ditangkap dalam tempoh 5 bulan



“Kami menggesa kerajaan untuk melihat secara serius risiko rasuah yang tinggi dalam sektor pertahanan dan mengambil langkah segera untuk mengurangkan risiko ini,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan untuk membuat pendedahan penuh kepada orang ramai mengenai kelewatan penghantaran kapal ‘Littoral Combat Ship’ dan helikopter McDonnell MD503G.

Katanya, ia berikutan projek-projek berkenaan telah lama tertangguh dan ia melibatkan wang pembayar cukai.

“Ketelusan yang tinggi dan akauntabiliti dalam kedua-dua kes ini akan menunjukkan bahawa kerajaan serius terhadap tadbir urus yang baik dalam sektor pertahanan,” katanya.



Malaysia catat skor rendah bagi indeks rasuah sektor pertahanan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TLDM terima kapal LCS pertama pada 2025 – Hishammuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker