Adakah waris wajib membayar hutang si mati?

Sebaran :

Adakah waris wajib membayar hutang si mati?

Kesedaran masyarakat khususnya waris si mati terhadap tanggungjawab melangsaikan hutang-hutang si mati terutama yang berkaitan soal pembayaran zakat masih terlalu rendah. Itu belum lagi mengambil kira harta yang dimiliki setelah difaraidkan yang wajib dizakatkan oleh individu yang menerimanya.

Berbicara tentang persoalan ini, sama ada anda tahu atau tidak, dalam setiap harta yang ditinggalkan oleh si mati, ada hak yang perlu dilunaskan. Harta warisan atau lebih mudah dipanggil dengan nama harta pusaka, hakikatnya ada bahagian yang perlu diketepikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta tersebut dilakukan. Apa lagi kalau tidak hutang!

Anda mungkin pernah mendengar ucapan waris si mati sebelum jenazah diusung ke tanah perkuburan. Antaranya meminta mana-mana pihak yang pernah memberi hutang kepada si mati tanpa sempat si mati melangsaikannya, maka bersegeralah bertemu waris untuk diselesaikan hutang tersebut.



Itu satu kewajipan buat waris melangsaikannya. Hakikatnya hutang yang tidak berbayar akan menjadi perhitungan si mati dengan orang yang dihutangnya di hari kiamat kelak.

Kerana itu dalam soal membayar hutang ia menjadi perkara yang amat dititik berat oleh Rasulullah s.a.w. hatta kegagalan membayar hutang menyebabkan Baginda s.a.w. enggan mensolatkan jenazah ke atas mayat tersebut kecuali ada seseorang yang boleh menjamin bahawa hutang tersebut akan dilangsaikan.

Daripada Ibnu Syihab, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya didatangkan kepada Rasulullah s.a.w. seseorang yang telah meninggal dunia dan masih memiliki tanggungan hutang. Baginda bertanya,

“Apakah orang ini meninggalkan kelebihan untuk hutangnya?” Maka Baginda menyembahyangkannya. Sedangkan bila tidak sedemikian, Baginda bersabda kepada kaum Muslimin,



“Solatkanlah sahabat kalian!” Ketika Allah menaklukkan kepadanya banyak negeri, Baginda bersabda,

“Aku lebih berhak terhadap kaum Muslimin daripada diri mereka. Barang siapa di antara kaum Muslimin meninggal dunia dan meninggalkan hutang, maka tanggunganku untuk melunaskannya, dan barang siapa meninggalkan harta, maka (tanggungan) itu bagi ahli warisnya.” HR Bukhari

Pun begitu dalam satu keadaan yang lain, jika ada orang lain pula yang berhutang dengan si mati, waris boleh membuat keputusan sama ada menuntut orang yang berhutang membayar hutang-hutang tersebut atau menghalalkannya.

Seandainya waris menghalalkannya, maka itu adalah yang lebih baik. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah surah al-Baqarah: 280,



“Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya. Dan (sebaiknya) kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).”

Selesai sudah bahagian tersebut, (hutang sesama manusia). Namun ada satu lagi perkara yang juga perlu diberi perhatian iaitu hutang si mati dengan Allah! Dan itulah yang lebih utama diselesaikan dan diberi keutamaan sekalipun hubungan hutang si mati dengan Allah adalah hubungan antara si mati dengan Allah.

Hutang Dengan Allah

Maka di sinilah waris sebaik-baiknya bertanggungjawab memastikan agar hutang-hutang si mati dengan Allah dilunaskan. Sekalipun dalam Islam tiada konsep dosa orang lain perlu ditanggung oleh orang lain, namun apakah tolong bantu menyelesaikan hutang si mati dengan Allah itu adalah lebih baik daripada membiarkan si mati menerima seksaan di hadapan Allah?

Justeru dalam hal ini, sekalipun hutang dengan Allah bukan ‘barang warisan’, namun tanggungjawab waris untuk memberikan keutamaan dalam soal tersebut adalah yang terbaik. Secara umum sudah tentu waris tidak akan membiarkan orang yang disayangi mendapat seksaan di atas dosa-dosa yang dilakukan.

Sebaliknya, mereka akan melakukan apa sahaja agar ‘kiriman pahala’ kepada si mati akan berterusan. Hal ini sudah tentu bersandarkan kepada sebuah hadis sahih daripada Abi Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w.bersabda,

“Apabila anak Adam (manusia) telah meningal dunia terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah ilmu yang bermanfaat, dan anak salih yang mendoakan kedua orang tuanya.” HR Muslim

Islam sering kali mengingatkan, buatlah catatan bagi mereka yang berhutang begitu juga bagi pemberi hutang. Juga bersegeralah membuat pembayaran hutang dan tidak melengah-lengahkannya agar tiada pihak yang merasakan diri mereka dizalimi. Apatah lagi hutang dengan Allah yang sepatutnya diberikan keutamaan.

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda,

“Barang siapa berbuat zalim kepada saudaranya yang seiman daripada hartanya atau sebahagian daripada itu, maka hendaklah dia menyelesaikannya pada hari ini (di dunia) sebelum datang hari di mana dinar dan dirham tidak memberi manfaat apa-apa.

Bila dia mempunyai amal soleh maka amal tersebut diberikan kepada saudaranya yang dizaliminya. Namun jika ia tidak memiliki amal soleh maka dosa yang dizaliminya, ditimpakan kepadanya.” HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Abu Daud Utv

Adakah waris wajib membayar hutang si mati?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib


Sebaran :

Leave a Reply