Seksi,susah nak puaskan hati netizen – Emma Maembong

Seksi,susah nak puaskan hati netizen – Emma Maembong

Pada Mei lalu, penampilan pelakon Emma Maembong yang dilihat memakai baju tanpa lengan atau ‘singlet’ berwarna putih serta dipadankan dengan seluar berwarna merah telah mengundang kecaman netizen.

Ketika ditemui OB, Emma, 30, berkata dia mengambil pendekatan mahu menjadi diri sendiri.

Bagi Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, dia memilih cara penampilan mengikut keselesaan bukan sekadar memenuhi kehendak orang lain.

Saya hanya pakai apa yang selesa… ikutkan ini pakaian saya sejak dari zaman remaja lagi. Saya tak nak jadi orang yang dah kahwin, kena terus berubah. Biarlah saya menjadi diri sendiri.

Saya tak kisah la orang nak cakap pakaian macam budak-budak ke, saya banya nak hargai hidup saya sekarang. Insya-Allah doakan saya yang baik-baik, satu hari nanti saya mesti akan pakai tudung balik.

Setiap wanita memang kena pakai tudung, Insya-Allah saya akan berubah, jadi janganlah kaitkan anak saya. Setiap orang ada cara didikan anak.

Emma berkata demikian ketika majlis pelancaran Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu yang berlangsung di Sri Pentas Media Prima, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.

Zaman gaduh dah habis

Dalam pada itu, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta ini memberitahu dia kini enggan bertikam lidah dengan netizen dan ingin menjalani kehidupan yang tenang bersama keluarga.

Zaman saya nak bergaduh dan berperang dengan netizen sudah berakhir. Lagipun, saya dah capai impian saya iaitu anak. Kalau dahulu, darah muda bila orang kecam, rasa nak kecam balik.

Seboleh-bolehnya nak jelaskan dan betulkan. Tapi sekarang usia saya pun dah 30 tahun… dah ada anak, suami pun. Saya nak jaga keluarga saya.

Walaupun saya buat yang terbaik, orang tetap akan kecam, buat salah lagi la orang kecam. Susah nak puaskan hati netizen. Saya pun dah tak nak stres. Emosi saya sekarang hanya untuk anak.

Untuk rekod, Emma berkahwin dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar dan dikurniakan seorang bayi lelaki, Shariq Gabriel pada November 2020. OB

Seksi,susah nak puaskan hati netizen – Emma Maembong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker