Wanita Rebah Ketika Terima 17 Sebatan Atas Kesalahan Berzina

Sebaran :

Wanita Rebah Ketika Terima 17 Sebatan Atas Kesalahan Berzina

SEORANG wanita di Banda Aceh, Indonesia rebah ketika menerima hukuman sebatan di atas kesalahan melakukan hubungan seks di luar perkahwinan (berzina).

Wanita yang tidak dinamakan itu dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 17 kali bersama pasangannya.

Hukuman itu dilakukan oleh seorang pegawai atau lebih dikenali sebagai Algojo, yang memakai jubah coklat dan topeng muka.



Wanita tersebut disebat dengan rotan buluh, di mana gambar menunjukkan dia rebah ke tanah dalam kesakitan ketika hukuman dijalankan.

Pasangannya yang juga menerima hukuman yang sama hanya mampu memandang ke arah penonton saat hukuman dijalankan.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan hukuman jenayah di bawah undang-undang Syariah.

Kesalahan yang serius contohnya homoseks, menyebabkan pesalah boleh dikenakan sehingga 150 sebatan. – Dailystar



Wanita Rebah Ketika Terima 17 Sebatan Atas Kesalahan Berzina

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas


Sebaran :

Leave a Reply