PRN Melaka: Akses adil untuk calon pilihan raya
DALAM laporan yang dikemukakan kepada kerajaan pada Ogos 2020, Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) antara lain mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selaku agensi utama dalam pengurusan pilihan raya mengetuai satu skim yang boleh memastikan setiap parti dan calon yang bersaing menikmati akses adil kepada media massa dari segi liputan.
Ia bermakna, SPR akan mengetuai sebuah jawatankuasa pemantauan disyorkan yang turut dianggotai oleh pelbagai pihak.
Hari ini, 14 bulan kemudian ketika kita menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pilihan raya yang mengejut dan lebih mengejutkan, julung kali parti dan calon berhadapan dengan larangan proses berkempen berikutan pandemik Covid-19.
SPR mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kerana bimbang impak pandemik.
Meskipun SOP yang diumumkan pada hari penamaan calon sedikit lebih baik berbanding keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dua minggu sebelum itu tetapi ruang lebih fleksibel yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
Susulan itu, parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penganalisis berharap SPR menyemak semula SOP semasa yang didakwa tidak dapat melaksanakan tugas-tugas berkempen dengan sempurna.
SPR perlu mencari satu kaedah dalam memberi ruang kepada calon-calon untuk berkempen.
Berdasarkan SOP SPR, kempen ziarah rumah ke rumah, aktiviti tinjauan mesra dan pengedaran risalah kepada orang awam secara bersemuka adalah dilarang.
Bagi tujuan berkempen, calon digalakkan menggunakan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, Wechat, Snapchat, WhatsApp, Telegram dan lain-lain aplikasi.
Selain itu, kempen menggunakan rangkaian televisyen dan media tempatan juga digalakkan. Calon perlu memanfaatkan penggunaan teknologi.
Susulan ketetapan norma baharu yang diperkenalkan oleh SPR, dengan ramai melihat sebagai sekatan total, BERSIH 2.0 dengan kerjasama Sinar Harian, Astro Awani dan Sin Chew Daily tampil menyediakan platform khas kepada setiap calon yang bertanding.
Inisiatif yang dikenali sebagai Suara Untuk Semua terdiri daripada tiga komponen iaitu Suara Calon, Siaran Politik Parti dan dialog antara calon-calon Ketua Menteri Melaka.
Ketika para calon dan jentera pilihan raya masing-masing berhadapan kekangan luar biasa di bawah norma baharu kempen pilihan raya, inisiatif itu pertama kali diperkenalkan dalam skala besar-besaran merupakan detik bersejarah bagi pengurusan pilihan raya dan akses kepada media.
Penggunaan skim berkenaan bermakna negara sudah mula bergerak ke arah syor ERC.
Dua hari selepas pengumuman inisiatif tersebut, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan ruang untuk semua calon PRN Melaka berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.
Beliau berkata, perincian perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak berkaitan terutama Radio Televisyen Malaysia (RTM). Langkah itu juga termasuk dalam laporan ERC yang kesemuanya mempunyai 49 syor.
Maknanya, penggunaan pendekatan pelbagai yang relevan dan wajar serta sesuai dengan keperluan semasa bagi menyediakan akses yang seimbang kini diperlukan.
Kita perlu berubah. Apabila kesemua organisasi media bergabung tenaga, kita boleh merasai persekitaran pilihan raya lebih efektif dan dinamik.
Pihak berkuasa dan setiap pemegang taruh perlu mempelbagaikan platform berkempen agar parti, calon serta pengundi akan mencapai prinsip pilihan raya demokrasi.
* Dr G Manimaran ialah pengamal media dan penulis bersama buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang & Tadbir
PRN Melaka: Akses adil untuk calon pilihan raya
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
- PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
- ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
- Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
- Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
- Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
- Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
- Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
- ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
- Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
- Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin jangan lupa, janji manis Manifesto PH ditulis pemimpin Bersatu
You must be logged in to post a comment.