PRN Melaka: Penyokong PN langgar SOP diminta bersurai oleh SPR
MELAKA: Penyokong Perikatan Nasional (PN) yang sedang menikmati nasi Arab diminta bersurai oleh anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malam tadi.
Penguat kuasa memantau majlis pelancaran Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di Kampung Pasir Puteh, di sini.
Ketua Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya SPR DUN Pengkalan Batu, Rahmat Mat Karim, berkata pihaknya mendapati beberapa kesalahan pada majlis itu seperti lori kempen iklan elektronik yang sepatutnya bergerak, ditempatkan di lokasi terbabit.
“Kita memberi teguran dengan meminta penganjur mengeluarkan kenderaan itu dari lokasi majlis kerana tidak dibenarkan berada di satu-satu tempat kerana menyebabkan orang ramai berhimpun.
“Kesalahan lain terdapat lebih 50 penyokong berhimpun di lokasi berkenaan. “Tiada sebarang notis dikeluarkan dan mereka memberi kerjasama yang baik untuk bersurai.
“Mereka berpuas hati kerana ini penting bagi mengelak kejadian tidak diingini, terutama jangkitan COVID-19,” katanya.
PRN Melaka: Penyokong PN langgar SOP diminta bersurai oleh SPR
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
- PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
- ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
- Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
- Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
- Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
- Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
- Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
- ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
- Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
- Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET