Manifesto BN beri keyakinan kepada rakyat Melaka – Najib
Manifesto BN beri keyakinan kepada rakyat Melaka – Najib
Manifesto yang jelas ditonjolkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mampu memberi kestabilan berpanjangan di bumi bersejarah itu.
Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak berkata, pemilihan tema ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ yang dibuat BN mampu memberi keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat di Melaka terhadap kerajaan yang harus dipilih.
“Bila kita buat sesuatu kenyataan, bila kita ketengahkan manifesto kita akujanji kita, kalau kita ada kuasa bila berjanji akan kita dilaksanakan…kita jangan main-main benda ni.
“Jangan kata kita boleh buat benda ni, buat benda tu, tapi bila sampai masanya dah menang saja lain cerita…kita dah lalui semua ni. Salah satu punca kejatuhan PH adalah kerana mereka mungkir janji, dan rakyat marah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Program Gegau Melaka bertajuk PRN Melaka: Antara Mitos & Realiti Semasa yang disiarkan di laman Facebook, UMNO Online malam tadi.
Disebabkan itu, Najib yang juga bekas perdana menteri berkata, sebanyak tujuh kali Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bermula di Cameron Highlands hingga ke Tanjung Piai dan Kimanis, BN menang dengan majoriti yang lebih besar sekali.
Katanya, faktor kemampuan dalam mentadbir negara dan negeri juga memainkan peranan penting kerana jika ada kestabilan tetapi tidak mampu diurus dengan baik ia tidak akan menjadi.
“Kita kena ada kestabilan politik, kita kena tunai semua janji pada rakyat dan yang ketiga kita kena jadi sebuah parti yang ada kemampuan untuk mentadbir dengan berkesan dan baik,” ujarnya.
Kelmarin, BN melancarkan manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bertemakan ‘Kestabilan Demi Kemakmuran.
Pelancaran itu disempurnakan Timbalan Pengerusi BN merangkap Pengarah Pilihan Raya PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Manifesto itu disuifatkan sebagai komprehensif, pragmatik dan inklusif ke arah memacu pemulihan ekonomi dan pembangunan Melaka menuju ke fasa endemik Covid-19. MG
Manifesto BN beri keyakinan kepada rakyat Melaka – Najib
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
- PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
- ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
- Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
- Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
- Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
- Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
- Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
- ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
- Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
- Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU</a