APEC digesa iktiraf sijil vaksin bersama, usaha buka semula sempadan antrabangsa

APEC digesa iktiraf sijil vaksin bersama, usaha buka semula sempadan antrabangsa

Malaysia menggesa Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk membangunkan pengiktirafan bersama sijil vaksin dalam kalangan negara anggota.

Gesaan itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (AELM) secara maya malam ini.

Ia antara tiga cadangan Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama pelbagai hala antara negara anggota APEC bagi pemulihan holistik, bertenaga dan mampan dengan memberikan kebebasan bergerak melalui pembukaan semula sempadan sekali gus merealisasikan pemulihan ekonomi sepenuhnya.

“Pada ketika ini, Malaysia mencapai kadar vaksinasi tinggi dan situasi itu dirasakan cukup selamat untuk membuka semula sempadan kami secara beransur-ansur.

“Pembukaan semula sempadan antarabangsa pastinya akan memacu sektor pelancongan yang merupakan antara yang paling terjejas teruk oleh wabak Covid-19 dan ini seterusnya akan memacu pemulihan ekonomi,” katanya.

Ismail Sabri memberitahu, rakyat Malaysia yang sudah divaksin sepenuhnya mula melancong ke luar negara sejak bulan lepas, manakala pelancong antarabangsa dibenarkan melawat Malaysia dengan mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan.

Kata beliau, sebagai permulaan dalam membuka semula sempadan antarabangsa sepenuhnya, Malaysia melaksanakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) bersama Singapura berkuat kuasa 29 November ini selain Travel Corridor Arrangement (TCA) dengan Indonesia.

Justeru, Perdana Menteri mencadangkan APEC boleh mengusahakan pembangunan mekanisme kawal selia secara kolektif bagi memudahkan perjalanan yang selamat dan lancar di peringkat serantau.

Dalam pada itu, Ismail Sari menyeru agar sebarang diskriminasi dihentikan dan memastikan tiada yang tertinggal melalui pengagihan vaksin secara adil, saksama dan mampu milik untuk semua.

“Multilateralisme vaksin adalah penting untuk memberi sokongan padu dalam usaha kolektif memerangi wabak dan menyediakan apa yang diperlukan untuk pemulihan yang mampan.

“Adalah amat penting untuk mengenal pasti dan mempertimbangkan bagi menghapuskan halangan yang tidak perlu untuk perdagangan, terutamanya mempercepat dan memudahkan aliran rantaian bekalan vaksin,” katanya.

Perdana Menteri turut mencadangkan usaha mempergiat transformasi digital serta penyelesaian teknologi dan inovasi yang sebahagian besarnya menyumbang kepada kelangsungan perniagaan, pemeliharaan pekerjaan, peluang baharu untuk kumpulan tidak formal dan mempercepatkan kemajuan ekonomi gig.

Pada masa sama, kata beliau, dalam usaha mengejar inovasi digital pada kadar yang luar biasa, ia tidak seharusnya kehilangan jejak agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk mencapai persekitaran ekonomi yang lebih rancak dan mampan di rantau ini.

Kalangan pemimpin negara anggota APEC dijangka mengesahkan Deklarasi Pemimpin Ekonomi APEC 2021 selain mengangkat Pelaksanaan Pelan Wawasan Putrajaya 2040 bagi merangka trajektori APEC dalam tempoh dua dekad akan datang. Utusan

APEC digesa iktiraf sijil vaksin bersama, usaha buka semula sempadan antrabangsa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker