‘Bila ultra kiasu Melayu bercanda di tepian pantai’

Inilah wajah sebenar ultra kiasu, politik hipokrasi tahap gaban! Ridhuan Tee

VIRAL satu Malaysia, wakil rakyat Melayu ultra kiasu, bukan main lagi bercanda di tepian pantai, sempena hari jadinya, tanpa SOP, ketika pandemik COVID-19 dan PKPB masih berjalan.

Jika yang kena itu adalah, daripada musuhnya, PN, bukan main lagi serangannya, macam nak kiamat. Contoh, serangan ke atas YB Kuala Nerus dan lain-lain

Tetapi, bila tiba kat depa, ultra kiasu senyap sepi, macam tak ada apa-apa. Politik hipokrasi tahap gaban.

Ultra kiasu tua, dan semakin tua pun diam. Anak dia pun sama diam. Ultra kiasu menoreh di musim hujan pun sama, diam-diam. Elok juga diam, boleh minum sesudu minyak sawit.



Tiada pula yang buat laporan polis. Tak boleh bayangkan jika wakil PN yang buat.

Inilah wajah ultra kiasu sebenar, yang sejak dahulu saya perkatakan, tidak kira ultra kiasu Melayu atau bukan Melayu.

Jika kita masih lagi mengikut rentak ultra kiasu atau mengundi mereka lagi, tak tahu nak kata apa dah.

Hak ultra kiasu Melayu ini pula, wanita, dia ingat, dia muda lagi, cantik, bertudung alah kadar, sudah cukup hebat bagi menunjukkan ciri-ciri wanita moden, terbuka dan dinamik. Hakikatnya hampeh!



Ingat, kamu ultra kiasu Melayu, Cina ultra kiasu undi kamu, sebabnya kamu tidak perjuangkan Melayu dan Islam secara berani.

Jika kamu jenis yang vokal mempertahankan hak Melayu, Bumiputera dan Islam, sudah lama kamu kena terajang keluar.

Selagi kamu menjadi pak turut ultra kiasu, selagi itulah kamu akan diterima, jadilah kamu seadanya hari ini. Adalah kuasa sikit untuk dijaja sana sini. Adalah duit sikit, untuk beli makanan mewah sikit untuk tujuan bercanda di pantai.

Ingatan saya kepada ultra kiasu Melayu, bertaubatlah. Kembalilah ke jalan yang benar.



Ultra kiasu sedang mempergunakan kamu. Tiba saatnya nanti, kamu akan tahu siapa ultra kiasu ini yang sebenar.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker