Kecewa! Sembilan PDM BN di Bemban ‘tutup kedai’

Sebaran :

JASIN: Tidak sampai 24 jam selepas pengumuman calon Barisan Nasional (BN), sebanyak sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban telah ditutup.

PDM yang ditutup mulai Jumaat ialah Pondok Kempas, Kesang Tua, Seri Bemban, Tehel, Taman Maju, Air Panas, Air Kangkong, Air Barok dan Kesang Jaya.

Penutupan tersebut sudah pasti menjejaskan persiapan BN untuk merampas kembali kerusi itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kerja-kerja mengemas kerusi, meja termasuk semua bendera BN turut diturunkan oleh petugas UMNO cawangan di situ.



Difahamkan, penutupan sembilan PDM berpunca daripada perasaan kecewa apabila kerusi itu ditandingi oleh MCA.

DUN Bemban bakal ditandingi Datuk Koh Chin Han yang tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kepada calon DAP, Datuk Dr. Wong Port Pin.

Pengumuman mengenai 28 calon BN telah dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pagi tadi. -UTUSAN

Kecewa! Sembilan PDM BN di Bemban ‘tutup kedai’




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *