Jane Seymour tetap mahu jadi guru

Jane Seymour tetap mahu jadi guru

SEWAKTU zaman persekolahan, perwatakan Jean Seymour Anak Harry lebih terarah seperti seorang lelaki atau tomboi sehingga membuatkannya berazam untuk mengubah diri.

Selepas berakhirnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, gadis berusia 25 tahun itu cuba mengubah diri dan penampilan dengan mengambil bahagian dalam Miss Cultural Harvest Festival (MCHF) 2015.



Jean Seymour mengambil masa selama hampir tiga bulan untuk proses grooming diri menjadi lebih feminin serta mampu tampil penuh berkeyakinan di atas pentas.

Ternyata masa, usaha dan komitmen yang diberikan oleh gadis kelahiran Kuching, Sarawak itu berbaloi apabila dia telah diisytiharkan sebagai pemenang utama MCHF 2015.

Lebih manis, ketika itu Jean Seymour berjaya mengenepikan cabaran Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James yang juga berasal dari Bumi Kenyalang.

“Saya seorang yang sukakan benda baharu dalam hidup. Disebabkan terlalu lama hidup seperti seorang tomboi, saya menyahut cabaran untuk mengubah diri menjadi lebih bersifat kewanitaan.



“Justeru, saya memilih menyertai MCHF 2018 ketika berusia 18 tahun. Saya tidak sangka,berjaya dinobatkan sebagai juara dan menewaskan Francisca Luhong,” Katanya ketika di temu bual baru-baru ini.

Anak bongsu daripada dua beradik itu turut mencuba nasib dalam pertandingan Miss Earth Sarawak 2017, namun dia hanya sekadar berpuas hati di tempah kedua.

Bagaimanapun, gadis berketurunan Iban itu tetap terpilih bagi mewakili Sarawak bagi pertandingan Miss Earth Eco Beauty (MEEB) (2017) dan berjaya meraih tempat keenam.

Menurut Jean Seymour, penglibatannya dalam pertandingan ratu cantik membolehkannya menerima banyak job sebagai model sambilan di pentas peragaan.



“Saya terima banyak tawaran menjadi model daripada jenama-jenama pakaian tempatan. Tetapi ia tidak lama, kerana saya terpaksa menolak banyak tawaran sebagai model selepas diterima masuk ke tingkatan enam,” terangnya.

Selepas itu, Jean Seymour memilih melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Katanya, faktor utama yang mendorongnya mengambil jurusan TESL adalah untuk mencabar diri memandangkan sewaktu di sekolah menengah, penguasaan bahasa Inggerisnya agak lemah berbanding rakan-rakan lain.

“Sewaktu tingkatan empat, saya dapati penguasaan bahasa Inggeris saya sangat lemah berbanding rakan sekelas. Jadi, saya terpaksa belajar sendiri sehingga berjaya memahirkan diri terutamanya dalam aspek pertuturan.



“Kebetulan pula, sejak kecil, saya memang bercita-cita untuk menjadi guru. Sebab itu saya pilih untuk melanjutkan pengajian pendidikan TESL di UPSI,” jelas gadis yang berjaya menggenggam segulung ijazah baru-baru ini.

Di UPSI, Jean Seymour cukup aktif berpesatuan bersama Persatuan Jalinan Anak Sarawak serta English Language Society sebagai setiausaha ketika semester pertama dan kedua.

“Menerusi aktiviti berpersatuan, banyak perkara yang saya belajar termasuk menjaga kebajikan mahasiswa dan penganjuran aktiviti kesukarelawan seperti memberi makanan kepada gelandangan.

“Sebenarnya, saya ini seorang yang aktif bersukan. Namun saya pernah mengalami kecederaan lutut kiri atau anterior cruciate ligament (ACL) ketika bermain bola jaring di sekolah. Jadi minat berkenaan terpaksa dipendamkan,” ujarnya.



Pada tahun akhir pengajian di UPSI, gadis berketinggian 170 sentimeter itu mula berjinak-jinak dalam seni lakonan apabila dipilih untuk membintangi drama bersiri 13 episod, Ram Ram Rap.

Jelasnya, penglibatan dalam seni lakonan itu lebih kepada menjana pendapatan sampingan memandangkan ketika itu, dia perlu menjalani praktikal di sekolah.

“Buat masa ini, sudah dua drama saya berlakon. Mujurlah sesi penggambaran kedua-dua drama berlangsung di sekitar Kuching.

“Selepas jadi guru nanti, saya perlu bahagikan masa sebaik mungkin antara tugas hakiki dengan dunia lakonan.



“Saya perlu minta kebenaran daripada pengetua terlebih dahulu,” katanya menutup bicara. K Online

Jane Seymour tetap mahu jadi guru


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker