OPS Menu elak peniaga manipulasi harga makanan

OPS Menu elak peniaga manipulasi harga makanan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melancarkan OPS Menu bagi memastikan peniaga restoran dan kedai makan tidak memanipulasi harga makanan.

Pemeriksaan itu dapat memastikan restoran dan kedai makan mematuhi perundangan seperti penandaan harga dan penggunaan alat timbang yang sah bagi tujuan perdagangan.



Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam, berkata OPS Menu itu akan memfokuskan kepada premis yang menyediakan makanan siap masak, termasuk restoran dan kedai makanan Melayu, Cina, India, India Muslim, medan selera dan restoran makanan laut.

“Sasaran pemeriksaan adalah membabitkan tanda harga serta alat timbang dan sukat yang digunakan untuk oleh restoran dan kedai makan.

“Justeru, KPDNHEP ingin memberikan peringatan kepada semua pengusaha restoran dan kedai makan supaya sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang, termasuk didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun.

“Tindakan tegas akan dikenakan ke atas peniaga yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan Dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Berdasarkan peruntukan, pengusaha restoran atau kedai makan yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000.

Jika ia membabitkan suatu pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000, manakala bagi kesalahan bawah Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972 pula, peniaga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM40,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Azman juga menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan bijak membuat pilihan dengan memilih restoran dan kedai makan yang beretika seperti mempamerkan tanda harga.

“Gunakan kuasa pengguna dengan membuat perbandingan harga serta membuat pilihan restoran dan kedai makan yang menawarkan harga dan perkhidmatan terbaik terlebih dahulu.



“Kuasa pengguna adalah langkah pencegahan terbaik sebelum terkeliru atau dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Tindakan penguatkuasaan adalah jalan terakhir ke atas peniaga berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pengguna juga boleh mengemukakan aduan kepada KPDNHEP jika mempunyai maklumat mengenai salah laku pemilik restoran dan kedai makan.

Katanya, aduan boleh dibuat menerusi aplikasi WhatsApp di 019 279 4317; e-aduan.kpdnhep.gov.my; menghubungi pusat panggilan di 1-800-88-6800 atau e-mel ke [email protected]. BH

OPS Menu elak peniaga manipulasi harga makanan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker