Larangan jual arak: MCA patut fikir keselamatan rakyat, bukan untungkan kapitalis

BANGI, 28 Rabiulawal 1443H, Khamis – MCA sebagai parti politik sepatutnya membawa kebaikan dan mengutamakan kepentingan rakyat, bukan menjadi sebuah parti yang diperkudakan oleh puak kapitalis.

Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Haji Zamani Ibrahim berkata demikian susulan kelantangan MCA membantah larangan penjualan minuman keras, arak (liquor) yang memabukkan di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina yang mula berkuat kuasa 1 November lalu. 

Beliau mendakwa, adalah dikesali apabila MCA sanggup bertindak songsang dengan terus menerus mengutamakan kapitalis berbanding kepentingan rakyat yang mahu hidup dalam keadaan lebih selamat.

Malah, MCA sengaja ‘menyalahgunakan’ konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mempertahankan penjualan arak.

“MCA jangan sesekali cuba membawa naratif songsang kepada maksud Keluarga Malaysia. Negara kita adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan ini mesti dihormati oleh semua kaum. 

“Bukan sahaja Islam, bahkan tidak ada satu agama pun yang membenarkan penganutnya minum arak. 

“Saya tidak tahu agama apa yang dianuti oleh pemimpin MCA sehingga seolah-olah MCA membawa agenda mempromosikan arak di negara ini,” katanya.

Demi keselamatan orang ramai, Ustaz Zamani menegaskan, kerajaan mesti melihat isu ini secara sihat. 

Bahkan, katanya lagi, pengharaman penjualan arak sepatutnya telah lama dilaksanakan di negara ini dan sebarang agenda songsang mesti ditegur dengan berani.

“Kerajaan tidak boleh berlembut dengan desakan MCA, ini kerana sudah jelas apa yang diperjuangkan oleh MCA adalah satu yang sangat bercanggah dengan konsep Keluarga Malaysia sebuah negara Islam,” katanya.

Larangan jual arak: MCA patut fikir keselamatan rakyat, bukan untungkan kapitalis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bantah larangan jual arak, MCA jadikan ‘Keluarga Malaysia’ bola tanggung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker