Jangan pergi pantai malam ini

Jangan pergi pantai malam ini

KUALA TERENGGANU: Orang ramai disaran mengutamakan keselamatan dan tidak ke pantai untuk menyaksikan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku malam ini.

Fenomena air pasang besar yang dijangka bermula kira-kira jam 9 malam ini hingga jam 4 pagi esok boleh menyebabkan ombak mencecah hingga melebihi dua meter (m) dan menghampiri empat meter di beberapa kawasan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah, berkata aras ketinggian air laut itu boleh membahayakan keselamatan orang ramai.

Beliau berkata, berdasarkan cerapan ketinggian aras air laut dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), ketinggian ombak boleh mencecah ketinggian antara 3.20 m dan 3.70 m di beberapa pantai di daerah Kemaman dan 2.40 m hingga 2.80 m di pantai di daerah Kuala Terengganu.

“Orang ramai dinasihatkan tidak ke pantai untuk merekod atau merakam gambar ombak besar ini kerana ia berbahaya.

“Pegawai dan anggota APM akan melakukan rondaan serta pemantauan di beberapa lokasi panas, termasuk di Pantai Maimi, di Seberang Takir malam ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Rosman berkata, fenomena air pasang besar dijangka melanda di negeri itu sebanyak empat kali sepanjang bulan ini. BH

Jangan pergi pantai malam ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker