Idris Haron, Nor Azman dalam senarai calon PKR, Amanah – sumber
PKR dan Amanah dijangka menerima dua bekas Adun Umno Melaka – Idris Haron dan Nor Azman Hassan – untuk bertanding semula pada pilihan raya negeri akan datang, menurut sumber parti.
Sumber memberitahu Malaysiakini, kedua-dua parti PH itu dijangka meletakkan seorang bekas Adun, Idris untuk PKR dan Nor Azman untuk Amanah, mengetepikan bekas Adun Bersatu Telok Mas Noor Effandi Ahmad.
Tidak dapat dipastikan jika kedua-dua mereka akan diturunkan untuk mempertahankan kerusi mereka, Idris di Sungai Udang dan Nor Azman di Pantai Kundor.
Terdahulu, empat bekas Adun telah berpaling tadah daripada BN hingga mencetuskan pilihan raya negeri. Pun begitu PH sebelum ini menolak untuk mencalonkan semula bekas Adun DAP Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee atas tiket gabungan iti.
Pengerusi PH Anwar Ibrahim pada sidang media di Melaka malam ini membayangkan PKR dan Amanah masing-masing akan menerima seorang bekas Adun, sebelum pengumuman rasmi calon.
“Dalam konteks orang Melayu, harus faham anggota Umno sekarang ini kata mereka mencecah lebih tiga juta, PAS lebih satu juta.
“Kita ambil pendirian sama ada menolak sama-sekali atau memberi ruang dengan syarat mereka menerima kenyataan dasar kita, kepelbagaian kita dan dasar tatakelola kerajaan yang baik.
“Maka sebab itulah pertimbangan kita dari empat itu, setakat yang saya faham, PKR hanya memilih satu dan Amanah memilih satu.
“Akan dimuktamadkan lewat malam ini dan selewatnya besok pagi sebelum kita umumkan,” kata presiden PKR.
Menjelang pengumuman rasmi, sumber PKR memberitahu Malaysiakini parti itu dijangka menggantikan bekas Adun Machap Jaya Ginie Lim manakala Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin dijadualkan bertanding di Paya Rumput.
Sementara itu, Anwar juga mengulangi perbincangan awal mengenai kerjasama dengan bekas Adun Umno berkenaan telah diadakan dalam kalangan pemimpin PH Melaka sebelum penglibatan daripada pucuk pimpinan parti.
Katanya, walaupun terdapat kebimbangan yang dibangkitkan kepimpinan tertinggi PH, namun Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berhujah empat Adun yang berpaling tadah itu telah cuba mengembalikan mandat PH.
Pada awal Oktober, Idris mendapat sokongan daripada PH untuk membentuk kerajaan negeri yang baru, tetapi langkah itu terencat apabila Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam membubarkan dewan undangan negeri.
Anwar malam ini mendakwa isu lompat parti sudah tidak lagi timbul dengan pembubaran DUN.
“Kita berpendapat, pimpinan PKR dan Amanah, DUN sudah bubar.
“Soal lompat parti tidak berbangkit. Mereka bukan lagi Adun. Mereka ini sekarang memerlukan mandat baru. Jadi terpulang pada parti nak terima atau tidak,” katanya.
Sebelum ini, DAP menolak sebarang langkah menerima bekas Adun Umno berkenaan. DAP juga pada awal hari ini mengumumkan barisan lapan calonnya yang menampilkan enam penyandang dan dua calon baru. Mk
Idris Haron, Nor Azman dalam senarai calon PKR, Amanah – sumber
Baca Artikel Menarik :
- Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah
- Letak duit dalam coli pun tak selamat
- Suara Level Penyanyi Karaoke – Azmeer Tegur Iqbal
- Gelagat politik PAS tidak patuh syariah?
- Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis
- PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu
- Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya
- Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor
- Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias
- Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat jin
- McDonalds kembali dengan menu ayam goreng 3x pedas
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.