Kes buli pelajar MCKK: Siasatan selesai, kini terserah kepada pihak berkuasa – Menteri

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan siasatan berhubung kes buli membabitkan seorang pelajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak pada September lalu, telah selesai dijalankan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, hasil siasatan mengenai insiden berlaku sudah diserahkan kepada pihak autoriti untuk meneruskan tindakan lanjut.

“Siasatan daripada pihak kita (KPM) telah selesai dan hasil siasatan juga telah diserahkan kepada pihak autoriti untuk meneruskan apa saja tindakan.



“Jadi kita tunggu apa pula tindakan daripada pihak berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Sesi Libat Urus bersama Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan Penyerahan Cek BAP Pulau Pinang di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 24 September lalu, seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah berprestij itu dilaporkan mengalami kecederaan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas mendakwa diserang empat pelajar senior.

Insiden berkenaan didedahkan ibu mangsa menerusi perkongsian di platform media sosial, namun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MCKK meluahkan kekesalan terhadap tindakan itu kerana didakwa memberi imej buruk kepada sekolah terbabit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut



Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker