SPR belum tetap SOP PRN Melaka, kata Wan Junaidi

SPR belum tetap SOP PRN Melaka, kata Wan Junaidi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum memaklumkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang akan dilaksanakan dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SOP PRN itu diserahkan kepada SPR untuk melaksanakannya.

“SOP dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM). Namun, setakat ini kita masih belum dimaklumkan mengenai apakah jenis SOP yang akan dilaksanakan dalam PRN Melaka,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta penjelasan daripada kerajaan bagaimana SPR akan melaksanakan langkah untuk memastikan pengundi keluar mengundi pada PRN Melaka memandangkan ramai yang was-was untuk keluar mengundi kerana bimbangkan penularan wabak Covid-19.

Semalam, Bersih 2.0 mendesak pihak berkuasa mengeluarkan garis panduan demi memastikan PRN Melaka bersih dan selamat.

Pengerusi Bersih Thomas Fann mempersoalkan mengapa tiada pengumuman SOP daripada SPR, sedangkan hari penamaan calon akan diadakan dalam tempoh kurang seminggu lagi.

“Seperti calon dan parti bertanding, kami penuh debar menanti sama ada SPR akan mengemukakan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN),” kata Thomas.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ceramah dan perhimpunan sosial pilihan raya dilarang sehingga 27 Nov, iaitu seminggu selepas hari pengundian. FMT

SPR belum tetap SOP PRN Melaka, kata Wan Junaidi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker