Xiaomi Dipintas Apple Semula

Xiaomi Dipintas Apple Semula

Tahun ini, Xiaomi dilihat begitu agresif dalam mengejar untuk menjadi jenama nombor satu dunia. Tidak cukup dengan telefon pintar, mereka juga membuatkan pasaran tablet Android hidup kembali.

Maka, tidak hairanlah mereka berjaya mendominasi pasaran Eropah buat pertama kali walaupun seketika dan memintas Apple sebagai pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia seperti yang dilaporkan Julai lalu.



Namun demikian, hidup ini umpama roda. Kadangkala kita di atas dan kadang-kadang berada di bawah. Menurut laporan terbaru IDC, Apple kini merampas kembali kedudukan yang diambil Xiaomi tempoh hari.

Setakat suku ketiga 2021, Apple telah mengeluarkan sebanyak 50.4 juta telefon pintar yang mana lebih 6.1 juta berbanding Xiaomi. Dengan ini, Xiaomi kembali ke kedudukan ketiga.



Selain itu, terdapat beberapa faktor diambil dalam data tersebut seperti pengeluaran tahunan termasuk segmen premium, kelas pertengahan, bajet dan banyak lagi. Secara keseluruhan, Apple menduduki tempat kedua.

Sementara, Samsung masih lagi selesa berada di kedudukan pertama dengan jumlah pengeluaran telefon pintar sebanyak 69 juta unit. Manakala di tempat keempat dikongsi OPPO dan vivo.

Xiaomi Dipintas Apple Semula


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker