Pelajar Hadir Ke Sekolah Tanpa Vaksin COVID-19 Berpotensi Undang Risiko - Pakar Kesihatan — MYKMU.NET

Pelajar Hadir Ke Sekolah Tanpa Vaksin COVID-19 Berpotensi Undang Risiko – Pakar Kesihatan

Sebaran :

Pelajar Hadir Ke Sekolah Tanpa Vaksin COVID-19 Berpotensi Undang Risiko – Pakar Kesihatan

Pelajar yang tidak mendapat kebenaran ibu bapa untuk mendapatkan vaksin COVID-19 berpotensi mengundang risiko bukan sahaja terhadap dirinya malah kepada semua individu di sekolah.

Pakar Kesihatan Awam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berkata, golongan pelajar yang masih belum lengkap vaksinasi juga lebih terdedah kepada komplikasi yang lebih buruk sekiranya dijangkiti.

“Dalam kalangan mereka (pelajar) sebenarnya mampu menerima komplikasi yang teruk diebabkan jumlah virus di dalam badan mereka jauh lebih tinggi.



“Risikonya adalah sama seperti mana-mana individu yang mempunyai penyakit dan tidak memperoleh vaksin,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Dzulkhairi berkata, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting dalam memastikan keselamatan anak mereka terutamanya apabila sesi persekolahan secara bersemuka telah dibenarkan.

Meskipun dorongan diberikan di peringkat sekolah, namun usaha itu memerlukan penglibatan ibu bapa sebagai penggalak bagi memastikan ianya selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai imunti kelompok.

Ujarnya lagi, persekitaran sekolah yang selamat bermula daripada langkah pencegahan awal bagi memastikan penularan di sekolah boleh dikawal pada tahap minima.-AA

Pelajar Hadir Ke Sekolah Tanpa Vaksin COVID-19 Berpotensi Undang Risiko – Pakar Kesihatan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee

‘Joker’ Jepun Bakar Kereta Api, Cetus Huru Hara Tikam Orang Ramai Hingga 17 Cedera [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: