Tamadun Kedah Tua bakal lenyap?

Tamadun Kedah Tua bakal lenyap?

SUNGAI PETANI: Tapak Arkeologi Sungai Batu di Merbok dekat sini yang diiktiraf tapak tamadun manusia tertua di Asia Tenggara yang juga Tamadun Kedah Tua bakal lenyap jika kerajaan gagal meneruskan projek penyelidikan dan kerja-kerja pemulihan selepas ditemukan pada 2009.

Aktivis sejarah dan penduduk berharap kerajaan dapat membangunkan tapak bersejarah itu yang didakwa pernah berkembang sejak kurun ke-6 Sebelum Masihi hingga kurun 17 Masihi secara serius.



Mereka percaya usaha mengetengahkan tapak arkeologi yang diisytiharkan sebagai tinggalan peradaban tertua di Asia Tenggara oleh lima badan arkeologi yang mewakili peradaban utama di dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Meso­amerika, China dan Rom itu di peringkat dunia tidak akan berjaya jika penyelidikan di kawasan itu dihentikan.

Seorang aktivis sejarah, Nur Dini Mohd. Noh, 43, berkata, peruntukan yang besar perlu disediakan untuk meneruskan penyelidikan dan pemuliharaan tapak arkeologi, seterusnya menjadikan kawasan itu produk arkeopelancongan terkemuka.

Ini kerana katanya, Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak serius dalam usaha ‘mengangkat’ tapak tamadun tersebut yang menyimpan khazanah berharga selepas penemuan sisa-sisa sebuah tamadun purba seperti kawasan peleburan besi, pelabuhan kapal dagangan dan pentadbiran pelabuhan kuno.

“Alhamdulillah, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz me­ngumumkan peruntukan RM50 juta untuk penyelenggaran infrastruktur pelancongan di Lembah Bujang dan pembaikan Bangunan Sultan Abdul Samad pada Bajet 2022, Jumaat lalu.



“Malangnya, Sungai Batu berdepan risiko kemungkinan tidak akan ada penyelidikan arkeologi lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Nur Dini berkata, pelbagai pihak termasuk dari luar negara teruja dan berbangga dengan penemuan tapak bersejarah tersebut yang menunjukkan Tamadun Kedah Tua merupakan pengeluar besi secara besar-besaran dan dieksport ke seluruh dunia bermula seawal tahun 788 Sebelum Masihi.

Jelasnya, pakar arkeologi dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin telah melakukan kerja ekskavasi sejak 2009 melibatkan 52 tapak daripada 97 tapak penemuan termasuk monumen penyembahan, jeti atau pelabuhan, pentadbiran pelabuhan dan bengkel peleburan besi.

“Mereka menemukan empat hingga tujuh kapal dagang dengan anggaran sepanjang 100 kaki setiap kapal yang berusia kira-kira 2,500 tahun yang masih tertanam dan karam di dasar tasik di tapak tersebut.



“Lebih dua juta ‘tuyere’ atau peniup angin iaitu peralatan penting dalam industri kuno peleburan besi turut ditemukan di kawasan itu.

“Ini membuktikan masya­rakat Sungai Batu telah wujud sekitar 788 Sebelum Masihi dan mempunyai kemahiran dan teknologi melebur besi serta eks­port jongkong besi,” katanya.

Jelasnya, kerja-kerja penyelidikan perlu diteruskan dengan lebih agresif bagi membongkar sejarah kehebatan ketamadunan Melayu untuk tatapan generasi akan datang.

“Kerajaan perlu bersungguh-sungguh membangunkan tinggalan sejarah dengan peranca­ngan yang tersusun supaya tidak terus le­nyap,” jelasnya.



Sementara itu, seorang penduduk, Mohd. Farizan Mohd. Saad, 42, berkata, peruntukan Bajet 2022 itu diharapkan dapat disalurkan dengan sebaiknya untuk pembangunan pelanco­ngan di Lembah Bujang. Utusan

Tamadun Kedah Tua bakal lenyap?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker