DAP tetap bantah PKR dan PAN lamar bekas pemimpin UMNO
DAP tetap bantah PKR dan PAN lamar bekas pemimpin UMNO
DAP hari ini menyuarakan bantahannya terhadap keputusan PKR dan Amanah meneruskan lamaran kepada Idris Haron dan seorang lagi bekas Adun Umno menjelang pilihan raya negeri Melaka akan datang.
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata jawatankuasa eksekutif pusat DAP malam tadi, memutuskan untuk menolak keempat-empat Adun kumpulan Idris, tetapi mendapati parti itu hanya berjaya meyakinkan rakannya dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menolak dua sahaja.
Ini susulan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi gabungan itu, berkata mereka masih mempertimbangkan untuk mencalonkan dua Adun kumpulan Idris pada pilihan raya Melaka.
Lim berkata DAP telah dikalahkan dalam perkara itu oleh PKR dan Amanah, serta terpaksa mematuhi keputusan majoriti demi kepentingan perpaduan Pakatan Harapan (PH).
ADS
“Namun, ini tidak bermakna keputusan majoriti sebegitu sebelum ini adalah betul.
“DAP berharap akan ada kebijaksanaan dalam PH dan menggesa sekutu kami untuk memilih mereka yang ikhlas terhadap aspirasi PH dan bukannya mereka yang bermotifkan oportunisme politik semata-mata.
“PH tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama dengan kehilangan nilai moral yang tinggi untuk membenarkan dua daripada empat Adun berkenaan bertanding sebagai calon PH pada pilihan raya umum negeri Melaka,” kata Lim dalam satu kenyataan.
Pendirian DAP senada dengan kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang menuduh Amanah mengkhianati PH dengan menerima keempat-empat Adun berkenaan.
Pilihan raya mengejut Melaka dicetuskan bulan lalu susulan rampasan kuasa politik yang tidak berjaya terhadap kerajaan negeri pimpinan Umno, yang menyaksikan empat Adun prokerajaan menarik balik sokongan mereka kepada ketua menteri ketika itu Sulaiman Md Ali.
Selain Idris, tiga yang lain itu adalah Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Pakatan pembangkang secara terang-terangan menolak Norhizam – yang pembelotan sebelum ini daripada DAP menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Melaka pimpinan PH.
Noor Effandi juga ditolak kerana pembelotan Bersatu daripada PH yang disertainya turut menyumbang kepada kejatuhan gabungan itu di negeri itu.
Bagaimanapun, Anwar menyokong Idris dan Nor Azman, atas alasan keempat-empat mereka itu hanya berpaling tadah selepas berunding dengan PH.
Naib Presiden PKR Tian Chua pula berkata PH harus “bergabung” dengan mana-mana pihak yang dianggap boleh membawa kemenangan kepada gabungan itu bagi mengembalikan mandat rakyat yang diperoleh pada 2018.
Bagaimanapun, Lim membantah dan langsung tidak bersetuju.
“Matlamat menghalalkan cara, terutamanya apabila komitmen mereka terhadap reformasi politik tulen yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara diragui,” katanya.
Hari penamaan calon untuk pilihan raya Melaka ialah pada Isnin depan (8 November) dan hari mengundi pula ditetapkan pada 20 November. Mk
DAP tetap bantah PKR dan PAN lamar bekas pemimpin UMNO
Baca Artikel Menarik :
- Nazim Othman mandi pun handsome
- Saya harap Allah beri hidayah kepada mereka – Saarani
- LHDN tuntut Addy Kana bayar cukai pendapatan RM1.4 juta
- Kerajaan bawa masuk Ahmad Idham, Eizlan Yusof ke Wisma Putra
- Tular 2 Penunggang Kapcai Bantu Tolak Motosikal Polis Trafik PDRM [VIDEO]
- Rumah Madu Ku Berhantu Dikritik Meskipun Belum Tayang Di Pawagam
- Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu
- Kerap guna ‘tisu basah’ boleh mati pucuk
- Bekas ratu cantik Romania dipecat kerana terlalu cantik
- Penjual tawar baju kalis santau, saka dan sihir
- Bersatu tergelincir dari landasan , Pak Wan akan umum sesuatu
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]