Saya tidak sekat – Fahmi

Saya tidak sekat – Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini berkata beliau tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menyekat sesiapa di mana-mana platform.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada laporan berita sebelum ini yang menyatakan bahawa sebuah portal berita, UtusanTV telah disekat kepada pengguna di Malaysia oleh MCMC.



Fahmi berkata beliau masih belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu daripada MCMC, namun akan mendapatkan butiran lanjut daripada suruhanjaya berkenaan.

“Saya percaya media seharusnya bebas. Tetapi saya tidak memberi apa-apa arahan kepada MCMC untuk menyekat sesiapa, sama ada media (konvensional) atau media sosial. Tiada arahan dikeluarkan daripada saya atau pejabat saya.

“Sebagai contoh, kadang-kadang jika laporan polis atau aduan dibuat oleh orang ramai, MCMC mempunyai kuasanya sendiri dan ia boleh melakukannya (membuat sekatan). Kadang-kadang laporan juga datang daripada polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Dana Iklan Digital OHSEM di sini hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan portal berita UtusanTV tidak dapat diakses sejak Isnin (7 Ogos) selepas ia disekat oleh MCMC.



Selain itu, Utusan Malaysia juga telah mengeluarkan notis menjelaskan Utusan Malaysia dan permit penerbitannya adalah milik sah syarikat Media Mulia Sdn Bhd iaitu tidak mempunyai kaitan dengan UtusanTV. Awani

Saya tidak sekat – Fahmi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker