Bantuan Keluarga Malaysia bertambah, 4.8 juta bujang penerima layak
Bantuan Keluarga Malaysia bertambah, 4.8 juta bujang penerima layak
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion.
Ia merupakan peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). pada tahun 2021.
Kementerian Kewangan berkata, di bawah BKM, sebanyak 4.8 juta penerima kategori bujang adalah di antara 9.6 juta penerima yang layak.
Kategori bujang itu merangkumi 1 juta penerima warga emas bujang/ tiada pasangan dan 3.8 juta penerima bujang.
Bantuan yang bernilai keseluruhan RM8.2 bilion ini akan diagihkan seperti berikut:
BKM telah ditambahbaik supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.
Menurutnya, berdasarkan cadangan yang diterima daripada rakyat melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat, pembaharuan ini termasuk:
(1) Bayaran sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah BPR sebelum ini.
(2) Bagi ibu tunggal dalam menyara anak-anaknya; selain warga emas B40 yang kekurangan simpanan persaraan dan tiada sumber pendapatan tetap, kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.
(3) Bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500. MG
Bantuan Keluarga Malaysia bertambah, 4.8 juta bujang penerima layak
Baca Artikel Menarik :
- Meta nama baru Facebook
- Islam boleh menang – Khabib
- Adakah saya makan Tun Daim, minum wanita Belanda?
- Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
- Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
- Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
- ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
- Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
- Resepi asam pedas ikan kembung pekat
- Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
- Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU