Hanya 3% pencarum mampu tampung persaraan – KWSP
Hanya 3% pencarum mampu tampung persaraan – KWSP
Pengeluaran berkaitan dengan Covid-19 sejak dua tahun lalu, telah memberi impak besar kepada simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan hanya 3% pencarum mampu menampung kehidupan selepas bersara.
Ketua Pegawai Strategi KWSP Nurhisham Hussein, berkata ramai ahli berumur di bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP yang amat rendah, susulan pengeluaran berkaitan Covid, iaitu i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.
“Walaupun dengan pandemik Covid-19, 80% lelaki Malaysia dan 90% wanita Malaysia akan mencapai umur 60 tahun, manakala satu daripada tiga lelaki dan dua daripada tiga wanita akan mencapai umur 80 tahun.
“Kini, kami menganggarkan hanya 3% rakyat Malaysia yang mampu untuk bersara,” katanya pada webinar Siri Penceramah Persatuan Alumni Felow Perdana.
Beliau merupakan antara ahli panel dalam webinar yang mengupas tajuk ‘Penjagaan Kesihatan dalam Tumpuan’ itu.
Dalam pembentangannya, Nurhisham berkata menjelang akhir tahun ini, 54% ahli KWSP berumur 54 tahun akan mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun simpanan mereka.
Majoriti mereka yang mengeluarkan keseluruhan simpanan KWSP apabila mencecah umur 55 tahun akan menggunakannya dalam tempoh dua hingga tiga tahun, katanya.
Namun, beliau mengakui pengeluaran-pengeluaran itu adalah dibenarkan disebabkan keadaan yang luar biasa.
“Kami amat bersimpati dengan nasib ahli kami dan berharap (pengeluaran) itu telah mencapai tujuan yang dimaksudkan untuk membantu mereka dari segi kewangan.
“(Melangkah ke hadapan,) pembukaan semula ekonomi dan langkah-langkah yang diumumkan dalam Bajet 2022 akan membantu melegakan tekanan yang dihadapi ahli kami,” katanya.
Mengulas mengenai kesan sekiranya satu lagi pusingan pengeluaran dibenarkan, Nurhisham berkata bagi yang telah membuat pengeluaran daripada simpanan KWSP, mereka perlu bekerja untuk tambahan empat hingga enam tahun hanya untuk menampung jumlah yang mereka keluarkan sejak dua tahun lepas.
Beliau berkata, mereka tidak akan mempunyai simpanan yang cukup untuk bersara memandangkan had umur persaraan dijangka tidak dinaikkan. FMT
Hanya 3% pencarum mampu tampung persaraan – KWSP
Baca Artikel Menarik :
- Meta nama baru Facebook
- Islam boleh menang – Khabib
- Adakah saya makan Tun Daim, minum wanita Belanda?
- Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
- Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
- Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
- ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
- Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
- Resepi asam pedas ikan kembung pekat
- Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
- Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]