Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad

Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad

Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno mengingatkan bahawa parti itu supaya jangan ‘dipatuk ular’ dan ‘masuk lubang biawak’ kali kedua.

Mohd Puad Zarkashi berkata demikian melalui hantaran di media sosial sebelum mesyuarat MT Umno berlangsung malam ini.

Mesyuarat tersebut akan membuat keputusan sama ada parti itu akan bergerak secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ataupun bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) mahupun Muafakat Nasional (MN).

“Pasti ramai menunggu keputusan malam ini sama ada solo, bersama Muafakat Nasional (MN) atau kerjasama BN-PN (Perikatan Nasional).

“Pokoknya Umno tidak boleh dipatuk ular kali kedua. Elok BN masuk PRN Melaka tanpa kerjasama PPBM (Bersatu).

“Bagi peluang PPBM buktikan kejujuran politik mereka di peringkat kerajaan pusat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Umno pada September lalu memutuskan kerjasama dengan Bersatu dan menarik balik sokongan kepada perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin.

Namun hubungan yang tegang itu kembali kendur apabila Muhyiddin meletakkan jawatan dan tempatnya digantikan oleh Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob.

Status hubungan di antara PAS dengan Umno melalui MN juga menjadi tanda tanya menjelang hari penamaan calon PRN Melaka pada 8 Nov ini.

Di sebalik hubungan tersebut, PAS juga menjadi anggota komponen PN yang ditunjangi Bersatu.

Ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN malam semalam, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRN Melaka.

Terdahulu malam ini MT Umno bermesyuarat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur bagi membincangkan beberapa agenda khususnya PRN berkenaan. Mk

Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker