Harga rokok di Britain dinaikkan kepada RM77.60
LONDON – Harga rokok di Britain dinaikan sebanyak 88 peratus kepada £13.60 (RM77.60) bagi pek 20 batang rokok bermula 6 petang (waktu tempatan) semalam, lapor akhbar Daily Star semalam.
Harga baharu itu diumumkan Canselor Rishi Sunak menerusi pembentangan Bajet 2021 petang semalam, susulan kadar cukai tembakau yang turut dinaikkan pada hari dan waktu yang sama.
Kenaikan terakhir bagi harga rokok di Britain dibuat pada November 2020, di mana pek rokok 20 batang dinaikkan harga sebanyak 20 peratus dan 65 peratus bagi 30 batang rokok.
Selain rokok, Rishi turut mengumumkan kenaikan harga minuman keras sebanyak 30 peratus.
Menurutnya, sistem duti alkohol di Britain adalah ‘ketinggalan zaman’, justeru beliau mengumumkan lima pelan langkah untuk mengubah keadaan itu yang dibuat berdasarkan kuantiti alkohol dalam sesebuah minuman.
“Lebih kuat (kandungan alkohol), lebih tinggi harganya,” katanya.
Dalam pembentangan bajet kedua kerajaan Britain tersebut, Rishi berjanji bahawa belanjawan itu dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menambah peluang pekerjaan dan menurunkan kadar hutang. – AGENSI
Harga rokok di Britain dinaikkan kepada RM77.60
Baca Artikel Menarik :
- Apabila hati penjawat awam sudah terhiris
- Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan
- Remaja terpelanting, maut dipanah petir
- Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib
- Ular sama tak akan patuk kali kedua, Zahid sindir Bersatu
- Tommy Thomas disaman Najib kali kedua
- Mahu Kembali Jadi Fatah, Lucinta Luna Mengaku Penat Jadi Perempuan,“Cukuplah..Saya Takut Dosa”[VIDEO]
- Bersatu hilang arah, keputusan UMNO pergi solo tepat
- Resepi ayam masak lapis memang best
- Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
- 9 daripada 10 tidak mahu UMNO bersama BERSATU
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.