Gaduh di pusat hiburan, seorang ditahan tujuh diburu (Video)

Gaduh di pusat hiburan, seorang ditahan tujuh diburu (Video)

KOTA KINABALU: Seorang ditahan manakala tujuh lagi diburu susulan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Cyber City, pada 20 Oktober lalu.

Dalam kejadian jam 3 pagi, dua lelaki berusia 19 tahun dipukul lapan lelaki yang dikatakan dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai penghantar makanan dipukul dengan topi keledar dan kepala tali pinggang.

“Pergaduhan berlaku di luar premis hiburan berkenaan apabila lapan suspek menarik seorang mangsa dan memukulnya.

“Kejadian disedari rakan mangsa yang kemudian cuba membantu namun dia turut dipukul kumpulan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pergaduhan itu berakhir apabila kedua-dua mangsa dibantu orang awam di lokasi kejadian.

Mohd Zaidi berkata, kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) namun hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Sehubungan itu, Mohd Zaidi berkata, tindakan pemeriksaan di premis pusat hiburan berkenaan dijalankan pada keesokannya. Sebanyak 10 kompaun dikeluarkan kepada pelanggan dan juga pemilik premis selepas didapati melakukan kesalahan. BH

Gaduh di pusat hiburan, seorang ditahan tujuh diburu (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker