Wanita berjoget di media sosial, dengar apa kata Ustazah Asma

Wanita berjoget di media sosial, dengar apa kata Ustazah Asma

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun memberi teguran kepada kaum wanita agar tidak terlalu obses mengikut trend di media sosial.

Beliau dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, golongan wanita Islam tidak kira tua ataupun muda perlu mengelak membuat kandungan dengan aksi berjoget atau menari di mana-mana platform media sosial.

“Duhai wanita Islam, yang tua atau muda, atas apa tujuan, elak, delete dan berhentilah buat content dengan aksi joget atau tarian ya.

“Sama ada simple atau beria, ringan atau berat, dedah atau tutup aurat, semua sama sahaja. Malu itu iman,” katanya.

Hantaran itu ternyata mendapat sokongan daripada orang ramai susulan kini terdapat banyak trend pelbagai jenis tarian di media sosial.

“Terima kasih ustazah. Semoga kita dan umat Islam semua tidak terpengaruh. Semoga semua di bawah lindungan Allah,” kata Sabariah.

“Terima kasih atas nasihat tanda sayang ustazah kepada kami. Mohon juga ustazah berganding bahu menegur marketing-marketing berunsur lucah. Banyak lagi cara lain boleh difikirkan untuk buat. Hanya kerana untung, janganlah membelakangkan syariat,” kata Amni.

“Ramai terlalu mudah terpengaruh. Semua nak ikut, bangga tanpa rasa malu. Semoga diberikan taufik dan hidayah,” kata Norma.

Sehingga kini, hantaran itu telah dikongsi lebih 11,000 kali dan lebih 49,000 tanda suka. K Online

Wanita berjoget di media sosial, dengar apa kata Ustazah Asma


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker