Saintis cipta vaksin tunggal untuk semua koronavirus

Sebaran :

Saintis cipta vaksin tunggal untuk semua koronavirus

SAN DIEGO, CALIFORNIA – Pasukan saintis Amerika Syarikat (AS) sedang mencipta vaksin tunggal untuk melawan semua jenis koronavirus dalam usaha mencegah pandemik baharu daripada tercetus pada masa akan datang, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Bagi tujuan itu, Institut Imunologi La Jolla dari California menerima geran berjumlah AS$2.6 juta (RM10.8 juta) daripada Institut Kebangsaan bagi Alergik dan Penyakit Berjangkit untuk digunakan ke atas penyelidikan yang berpotensi mencegah pandemik selepas ini.

Kajian tersebut turut dilakukan dengan kerjasama saintis dari Universiti Harvard, Hospital Brigham serta Hospital Besar Massachusetts.



Pasukan penyelidik berkenaan percaya bahawa mereka boleh mencegah penularan koronavirus yang berkaitan selepas ini berdasarkan kajian dan pembangunan yang digunakan untuk menghasilkan vaksin Covid-19.

Matlamat mereka adalah untuk mengenalpasti struktur virus yang mungkin tidak bermutasi apabila virus berubah serta menyasarkan pada bahagian tersebut.

“Daripada kita perlu mencipta vaksin-vaksin baharu, adalah lebih baik sekiranya kita menghasilkan satu vaksin yang boleh melindungi populasi dunia daripada varian-varian SARS-CoV-2 (virus Covid-10) atau apa-apa sahaja koronavirus selepas ini,” kata Presiden Institut Imunologi La Jolla, Dr. Erica Ollmann Saphire.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), terdapat tujuh jenis virus koronavirus yang sering ditemui.



Jenis yang paling dikenali ramai sebelum Covid-19 adalah Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), yang juga berasal dari China. SARS merebak dengan pantas ke seluruh dunia sehingga menjadi epidemik pada tahun 2003. K Online

Saintis cipta vaksin tunggal untuk semua koronavirus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion




Sebaran :

Leave a Reply