PH belum capai kata putus nasib bekas 4 ADUN Melaka

KUALA LUMPUR: Hampir seminggu berbincang, Pakatan Harapan (PH) belum membuat keputusan mengenai nasib empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan masih diteruskan meskipun dilihat keempat-empat ADUN tersebut cenderung ke arah PH.

“Perbincangan diteruskan,” katanya ringkas ketika menghadiri sidang media pembentangan Bajet Pakatan Harapan (PH) di Parlimen, hari ini.



Anwar sebelum ini menjelaskan bahawa belum ada keputusan parti anggota PH sama ada akan membuka pintu kepada empat ADUN yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka baru-baru ini.

“Mereka (empat Adun) belum mengemukakan permohonan secara rasmi untuk menyertai kami walaupun mereka telah menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan,” katanya sebelum ini.

Empat ADUN tersebut ialah Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Sementara itu, Anwar  turut menekankan mengenai isu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang mustahil untuk dikawal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.



“Saya dua kali ke Melaka dalam tempoh beberapa tempoh hari yang lalu, telah membatalkan (program) sebab perjumpaan itu di warung. Saya fikir tidak mudah untuk kita kawal. Dan saya tidak sanggup umpamanya dengan kehadiran saya menyebabkan risiko kesihatan rakyat khususnya Melaka.

“Pihak kerajaan khususnya UMNO telah melancarkan pilihan raya di Melaka dengan mengenepikan suara majoriti, mengenepikan faktor keselamatan dan kesihatan rakyat, mereka harus mengambil langkah betulkan kesilapan ini.

“Tetapi adakah kita boleh teruskan dengan keadaan sedemikian dan risiko? Mustahil. Menteri yang petah bercakap pun harus faham, dia (Covid-19) bukan atas angin, dia bukan bawah perencana elit. Mustahil kita dapat kawal dan menjamin pelaksanaan dengan SOP yang berkesan, kita terpaksa lakukan dengan sebaiknya, dengan kawalan yang sebaiknya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) membuat ketetapan untuk melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya bermula 25 November hingga 27 November ini.



Pengumuman tersebut bagaimanapun mendapat reaksi kurang baik bukan sahaja daripada pembangkang, malah juga daripada beberapa parti kerajaan sendiri

PH belum capai kata putus nasib bekas 4 ADUN Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Pajakan’ P Pinang, Kedah kini tuntut RM100 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker