MUDA Sedang Berunding Dengan PH Dan Akan Bertanding Dalam PRN Melaka – Syed Saddiq
MUDA Sedang Berunding Dengan PH Dan Akan Bertanding Dalam PRN Melaka – Syed Saddiq
MELAKA: Presiden Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan parti itu mengambil keputusan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan.
Jelasnya, ketika ini rundingan sedang diadakan bersama Pakatan Harapan (PH).
“Muda telah buat pendirian tetap untuk bertanding dalam PRN dan kita akan berunding dengan parti pembangkang dan akan mengumumkan perkara ini bersama selepas tempoh rundingan tamat.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bandar Melaka pada Rabu.
Tambah Syed Saddiq lagi, turut dirunding berkaitan logo yang akan digunakan dalam PRN Melaka itu nanti.
Bagaimanapun katanya, pegangan Muda adalah untuk membawa politik baharu di Negeri Melaka dan menolak politik ‘katak’ serta tidak berintergriti.
“Perkara itu akan kita runding bbrsama blok pembangkang dan akan diumumkan bersama selepas ini. Itu saya rasa kita umumkan bersama (kawasan DUN), rundingan itu telah bermula beberapa kali dan akan kita umumkan bersama.
“(Rundingan bersama PH?) Ya, perkara itu sedang kita bincangkan dan saya dimaklumkan PH bincangkan logo apa bersesuaian pertandingan ini, jelas mana mana gabungan kita sertai, kita perlu tekankan politik rakyat berbilang bangsa dan agama, politik moderat dan politik khidmat.
“Kita tolak politik ‘katak’, tidak berintergriti dan bersandarkan pangkat dan jawatan semata mata,” jelasnya lagi.
Mengulas mengenai calon Muda pula, kata Ahli Parlimen Muar itu, calon yang akan diketengahkan perlu mempunyai rekod cemerlang dalam berkhidmat kepada rakyat.
“Kita memang calon dinamik Muda berpengalaman dan jelas ada track record berkhidmat contoh Ketua Muda Melaka, yang telah gerakkan pelbagai aktiviti membantu dan membela golongan susah di Melaka.
“Mereka yang sebelum ini tidak pernah sertai lanskap politik, tetapi ada hati berkhidmat tanpa jawatan dan pangkat, ini adalah masa mereka menyerahkan diri berkhidmat untuk mengubah Melaka, mengubah Malaysia,” jelas Syed Saddiq.
PRN Melaka dijangka bermula 8 November depan dengan hari penamaan calon, diikuti 16 November hari pengundian awal dan 20 November ditetapkan hari mengundi melibatkan 495,196 orang pengundi-Awani
MUDA Sedang Berunding Dengan PH Dan Akan Bertanding Dalam PRN Melaka – Syed Saddiq
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Dedahkan mereka, Najib mahu SPRM dapatkan senarai terima sogokan
- Mereka panggil saya ‘Padayappa’ di Baling – Azeez
- Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
- Semarakkan Perjuangan, Waspada Pihak Nak ‘Bunuh’ UMNO
- Bertengkar semasa goreng kentang, suami celup muka isteri dalam minyak panas
- “Ketika Sungai Furat Kering Akan Ternampak Perbendaharaan Emas, Janganlah Ambil…”–Tanda-Tanda Kiamat Sudah Hampir
- Ustaz lawan hantu air tular
- Lawak lucah, Shuk Sahar suruh tunggu samannya
- Five Guys Kini Dibuka, Harga Burger Bermula RM35
- Baling kongsi pengalaman cakap Tamil dengan gajah, Jelutong ‘melompat naik hantu’ [VIDEO]
- Najib saman Tommy Thomas, kerajaan atas ‘pendakwaan salah’
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?