Saya ada 10 hari fikir pencalonan Timbalan Speaker – Ahmad Maslan

Saya ada 10 hari fikir pencalonan Timbalan Speaker – Ahmad Maslan

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan mengatakan beliau masih memiliki 10 hari untuk menghantar borang pencalonan bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, borang pencalonan perlu dihantar kepada Speaker Azhar Azizan Harun 14 hari sebelum sesi persidangan Dewan Rakyat pada 25 Oktober ini.

“Borang pencalonan perlu dihantar sebelum 14 hari Dewan Rakyat bersidang. Bagi sesi seterusnya Dewan Rakyat akan bersidang pada 25 Oktober.

“Maka saya ada tempoh 10 hari untuk berfikir dan berbincang tentang perkara itu. Tunggu sedikit masa lagi untuk saya berbincang bagi mendapatkan kata putus berhubung pencalonan jawatan Timbalan Speaker,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Ahmad berkata, beliau percaya masih ada ruang perbincangan bagi membolehkannya mengisi kekosongan jawatan itu walaupun sebelum ini pencalonannya terhadap jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu ditolak Ahli Parlimen Bersatu.

Pada Rabu lepas, media melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ahmad atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan wang RM2 juta dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas beliau membayar kompaun RM1.1 juta.

Ahli Parlimen Pontian itu didakwa gagal mengisytiharkan wang yang diterima daripada bekas perdana menteri, Najib Razak dan memberi pernyataan palsu kepada SPRM ketika percakapannya dirakam. FMT

Saya ada 10 hari fikir pencalonan Timbalan Speaker – Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker