Kupas isu sensitif dalam talkshow, produksi kena bertanggungjawab – Shahrol Shiro

Kupas isu sensitif dalam talkshow, produksi kena bertanggungjawab – Shahrol Shiro

BARU-baru ini, tular mengenai isu pelakon Fauzi Nawawi berkongsi pengalamannya melakonkan watak perogol bersama pelakon Raja Farah menerusi filem Anak Halal dalam sebuah program televisyen.

Bagaimanapun, kontroversi itu telah menimbulkan kemarahan netizen selain ia turut mendapat perhatian rakan artis antaranya pelawak dan pelakon terkenal, Shahrol Shiro yang menyuarakan pandangannya sebagai seorang yang mempunyai pengalaman dalam dunia hiburan.

Berdasarkan pendapat peribadi yang dikongsi menerusi akaun Instagram, para selebriti hanya menjawab soalan yang diajukan oleh pengacara.

Dalam situasi tersebut, kru produksi sepatutnya bertanggungjawab menapis terlebih dahulu kandungan-kandungan sensitif yang tidak sepatutnya disiarkan.

Kata Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 37, meskipun soalan itu ditanyakan secara spontan tetapi ia tetap dilihat salah kerana selebriti terbabit terlalu memperincikan kupasan isu secara lebih mendalam.

“Tapi kuasa siapa untuk melepaskan perbualan tersebut? Jika ianya adalah sebuah rancangan yang direkod, ianya adalah tanggungjawab pihak produksi untuk memotongnya dan jika ianya secara langsung, pihak produksi juga berkuasa untuk ‘censored’ bahagian tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi, fungsi ‘earpiece’ yang dipakai oleh pengacara adalah untuk memudahkan proses komunikasi dua hala antara pengacara dan produksi bagi menggelakkan kandungan sensitif diulaskan semasa rancangan berlangsung.

Pelakon filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang itu juga turut mempersoalkan kualiti program komedi tanah air dan pandangannya mengenai isu itu bukan untuk merendahkan mana-mana pihak ataupun untuk mendapat perhatian.

“Inikah kualiti program komedi di Malaysia? Maaf bukan nak merendahkan lagi dan cuba mencari perhatian.

“Hari ini (semalam) kecoh lagi sebuah program komedi ‘talkshow’ dan perbualan mereka menyinggung individu lain apabila isu ‘rogol’ yang diulas,” katanya.

Sementara itu, Shahrol turut menambah insiden seperti itu pernah berlaku ketika dia bersama kumpulan Shiro menerusi program Maharaja Lawak Mega 2012.

Kumpulan Shiro mencatat sejarah Maharaja Lawak Mega (MLM) apabila kumpulannya telah disaman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana menyebut perkataan ‘rogol’ sewaktu rancangan itu berlangsung.

“Maaf…bukan nak perhatian tetapi isu ini dekat dengan saya kerana dalam sejarah MLM kami adalah satu-satunya kumpulan yang disaman oleh MCMC kerana menyebut perkataan ‘ROGOL’ sewaktu MLM 2012 dan sepatutnya sejarah tersebut dapat pengajaran buat pihak produksi,” kongsinya lagi.

Justeru itu, shahrol merasakan pihak produksi perlu bertanggungjawab terhadap isu itu dan tidak membiarkan selebriti berkenaan menyelesaikan kontroversi itu sendirian.

“Perkara telah pun terjadi, pihak produksi wajib bertanggungjawab atas segalanya dan jangan biarkan selebriti yang menanggung segalanya,” ujar Shahrol. Utv

Kupas isu sensitif dalam talkshow, produksi kena bertanggungjawab – Shahrol Shiro


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker