Segerakan pemberian dos penggalak kepada jemaah umrah – TH Travel
Segerakan pemberian dos penggalak kepada jemaah umrah – TH Travel
TH Travel & Services Sdn Bhd memohon supaya kerajaan mengutamakan pemberian dos penggalak kepada jemaah umrah yang sebelum ini tidak mendapat vaksin yang diperakui oleh kerajaan Arab Saudi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, keutamaan itu dilihat perlu sekarang memandangkan kerajaan kini telah membenarkan aktiviti umrah sejak 18 Oktober lalu.
“Saya mewakili jemaah umrah mengharap sangat ada pertimbangan pihak berwajib bagi membolehkan mereka mendapatkan dos penggalak kerana banyak pertanyaan tentang kelayakan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media, selepas Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) di antara TH Travel & Services Sdn Bhd dengan The Noor Apps hari ini.
Tambah Ahmad Ruzman, meskipun kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pemberian dos penggalak kepada individu yang berisiko tinggi dan yang ingin ke luar negara namun beliau mencadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan alternatif pemberian melalui klinik swasta dengan bayaran tertentu bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah.
“Ramai yang hendak pergi umrah bawah 60 tahun. Mungkin kerajaan ada alternatif lain dapatkan dos penggalak daripada klinik swasta tetapi dikawal selia oleh KKM dan kalau boleh bayar insya-Allah yang pergi umrah mampu bayar untuk dos penggalak,” tambahnya.
Terdahulu, kerajaan Arab Saudi memperakui vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca (AZ) sahaja bagi mereka yang mahu menunaikani ibadat umrah dan haji.
Bagi penerima vaksin jenis Sinovac seseorang itu perlu mendapatkan dos penggalak daripada vaksin Pfizer dan AZ terlebih dahulu. MG
Segerakan pemberian dos penggalak kepada jemaah umrah – TH Travel
Baca Artikel Menarik :
- Mahfuz, mai sini kejap – Najib
- Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
- Pedang berusia 900 tahun ditemukan
- Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri
- Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
- Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
- Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
- Shafee menang rayuan saman fitnah terhadap Majlis Peguam, dua individu lain
- Adegan rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi minta maaf
- Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti
- Pengurus tapak projek didakwa rogol gadis bawah umur
Layari Laman Facebook MYKMU