Dipanggil Malindo Air, Azrin tetap teruskan Kapten Corner

“Saya masih terikat dengan Malindo Air, jika dipanggil untuk bertugas saya akan bertugas.”

Namun juruterbang tersebut, Kapten Azrin Mohamad Zawawi, 45, tetap akan meneruskan gerai makanan, Kapten Corner yang diusahakan bersama isterinya, Latun Noralyani Meor Aminudin, 42, sejak beliau ‘direhatkan’ ekoran pandemik Covid-19 awal tahun lalu.

Menurutnya, dia akan meneruskan tugas sebagai juruterbang manakala isterinya akan menguruskan sepenuh masa gerai tersebut.

“Semestinya, saya akan terbang jika diberi peluang dan saya juga akan menjalankan tugasan dua dalam satu, terbang dan juga berniaga.

“Perniagaan ‘Kapten Corner’ akan berjalan seperti biasa, dari awal kami mula berniaga sehingga sekarang, perniagaan masih berjalan dengan lancar,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi semalam.

Mengenai Kapten Corner, beliau memberitahu, mereka berhasrat untuk mengembangkan lagi gerainya.

Kisah Kapten Azrin Mohamad Zawawi hanya sebahagian dari derita rakyat – Najib Razak

“Pengunjung juga mula di Kapten Corner dan penghantaran makanan turut berjalan dengan baik,” ujarnya.

Industri penerbangan antara yang terjejas teruk akibat pandemik apabila pintu sempadan negara ditutup sekali gus me­nyaksikan ramai kakitangan syarikat penerbangan direhatkan atau diberhentikan.

Dalam pada itu, Azrin percaya industri penerbangan akan bangkit semula selepas kerajaan membenarkan rentas negeri dan pintu sempadan negara dibuka sepenuhnya.
Beliau difahamkan, Malindo Air juga akan menerima beberapa kapal terbang baharu pada Januari tahun depan dan mengambil staf baharu.

“Mungkin saya akan rmula bertugas apabila situasi Covid-19 semakin reda dan sempadan negara sudah dibuka dan penerbangan keluar boleh dilakukan,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MCA tanding 8 kerusi DUN, MIC satu kerusi?

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker