Disangka Berlaku 'Kebocoran Gas' Di Pasar Raya, Angkara Durian Rupanya — MYKMU.NET

Disangka Berlaku ‘Kebocoran Gas’ Di Pasar Raya, Angkara Durian Rupanya

Sebaran :

Disangka Berlaku ‘Kebocoran Gas’ Di Pasar Raya, Angkara Durian Rupanya

PASUKAN bomba dikerah di ibu kota Australia, Canberra selepas menerima laporan kebocoran gas di bandar berkenaan.

Namun mereka hanya menemui beberapa biji durian yang dikatakan punca kepada bau itu, lapor Spruce Eats.

Kejadian pada Jumaat itu berlaku di sebuah kedai yang terletak di dalam pasar raya popular, memetik laporan The Straits Times.



Perkhidmatan Kecemasan Canberra dalam satu kenyataan berkata, anggota bomba yang melakukan pencarian hanya menemui beberapa biji durian dalam salah satu kedai di pasar raya terbabit dan bukan kebocoran gas seperti yang disangkakan.

“Kejadian tidak melibatkan kebocoran gas hanya bau daripada beberapa biji buah durian yang ditemui di dalam sebuah kedai.

“Buah ini memang mengeluarkan bau yang kuat dan boleh dihidu dalam jarak yang jauh,” jelas kenyataan itu.

Pada 2018, 600 pelajar universiti serta pensyarah di negara itu diarah mengosongkan bangunan selepas mengidu bau seperti kebocoran gas.

Pencarian oleh pasukan keselamatan menemui buah durian yang telah reput di dalam salah satu almari dalam sebuah kelas.



CNN melaporkan insiden sama yang berlaku di sebuah pejabat pos di Jerman selepas menerima bungkusan dengan bau yang kuat.

12 posmen menerima rawatan kecemasan manakalan enam lagi dikejarkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Bungkusan yang mengandungi empat biji durian Thailand kemudian dihantar kepada penerima.-Mothership

Disangka Berlaku ‘Kebocoran Gas’ Di Pasar Raya, Angkara Durian Rupanya




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin

Zul Yahya Tampil Bersuara Isu KJ Nak Susahkan AntiVaksin – ‘Mereka Bukan Penjenayah Atau Pengganas’


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: