Pakar percaya 119 UFO terhempas di Bumi

Butiran kejadian itu akan didedahkan pada 12 Jun depan

Seorang pakar terkemuka di Amerika Syarikat (AS) memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 119 objek terbang tidak dikenali UFO telah terhempas di Bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Dr. Steven Greer, 67, kerajaan AS telah mengambil serpihan dari lokasi penemuan UFO yang kemudiannya digunakan untuk mencipta tenaga dan sistem pendorong, namun tidak didedahkan kepada umum.

Sepanjang 30 tahun lalu, Greer mendakwa bahawa dia menerima dokumen kerajaan bersaiz lima terabait mengenai UFO dan keterangan 700 penyampai maklumat daripada sumber tentera, perisikan serta korporat.

Greer merancang untuk mendedahkan fail tersebut pada satu sidang media di Washington, 12 Jun depan.

Dia akan membentangkan bukti projek rahsia berkaitan UFO. Fail itu termasuk 119 ‘peristiwa penemuan kenderaan angkasa lepas’.

Sejak beberapa dekad lalu, sebilangan UFO telah diperhatikan di ruang udara Bumi. Ia mampu mencapai kelajuan ekstrem mengatasi mana-mana pesawat buatan manusia.

Menurutnya, kapal angkasa UFO telah ‘ditembak jatuh, diambil dan dikaji sejak sekurang-kurangnya tahun 1940-an atau mungkin seawal 1930-an’. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker