Permudahkan duit kerajaan, jangan ikut red tape – Noh

Permudahkan duit kerajaan, jangan ikut red tape – Noh

Semua agensi kerajaan bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) diingatkan agar mematuhi mempermudahkan urusan dalam soal pembiayaan perniagaan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar menegaskan, dana yang diperuntukkan kepada semua agensi MEDAC termasuk bank-bank berkaitan adalah dana kerajaan sebagai pemudahcara membantu usahawan yang terjejas.

“Kalau ada sesiapa lagi (langgar arahan) di luar sana, Bank Rakyat ker… SME Bank ker di bawah kementerian saya, ini kena faham, ini duit yang kerajaan bagi bukan duit bank.

“Duit ini kita letak ke bank, bank yang tolong melaksanakan duit yang kerajaan umumkan RM2 bilion (sebelum ini). Ini duit kerajaan bagi membantu usahawan, duit ini jangan samakan dengan duit bank.

“Duit bank tak apa la saya tak mahu kacau, itu duit pendeposit, ini duit kerajaan, permudahkan, jangan red tape (kerenah birokrasi) sangat,” katanya pada sidang media di Hotel Everly hari ini.

Dalam pada itu, Noh turut dilaporkan di mana ada sebuah bank di Negeri Sembilan yang masih meletakkan syarat kepada usahawan yang ingin membuat pembiayaan perniagaan.

“Saya nak tekan mesti (ikut) arahan, mungkin ada pegawai-pegawai di bawah, saya dapat aduan Bank Rakyat di Negeri Sembilan, pegawai dia tak berani nak buat sebab belum ada arahan-arahan rasmi.

“Dalam mesyuarat Kabinet lepas, saya telah beri arahan semua agensi yang mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk membantu usahawan-usahawan ini supaya ketepikan CRIS, ketepikan CTOS,” katanya.

Susulan arahan itu, Noh mendedahkan salah satu agensi di bawah MEDAC yang telah melaksanakan kelonggaran itu ialah Tekun Nasional.

“Saya telah mendapat pengesahan, macam Tekun, dalam laman web Tekun, dia dah padam, tak perlu CTOS.

“(Begitu juga) Bank Rakyat pun saya dah maklum kepada CEO maklumkan supaya tak perlu (syarat) di bawah cawangan-cawangan Bank Rakyat termasuk SME Bank,” katanya lagi. MG

Permudahkan duit kerajaan, jangan ikut red tape – Noh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


3 pemimpin Umno konsensus pilih calon

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker